Lancar Bantuan Kepada Mangsa Kapal Kandas MT Nepline
Filed Under (Berita, Peribadi, Program Amal, Tawaukini, Tragedi, Umum) by PuteriEzza on 21-02-2009
Tagged Under : Bantuan Kepada Mangsa Kapal Kandas, Bloggers Go Charity, Hangat di Tawau, Isu Kapal Terkandas di Malaysia, Malaysia Nepline Berhad, MT Nepline Dangar, Pelabuhan Tawau, SK Skim Cocos Kunak, Tawaukini.com, Tawaukini.ning.com, Terhangat di Tawau, The Reporter

12 daripada 15 anak kapal MT Nepline Dangar yang hampir setengah tahun terkandas di Perairan Tawau. Foto diterima daripada krew kapal pada 20 Februari 2009.
Pada penghujung Disember yang lalu, telah disiarkan di dalam akhbar, tentang sebuah kapal yang terkandas di Perairan Tawau. Kapal tersebut yang diberi nama MT Nepline Dangar, yang berukuran 89.93 meter dengan berat 3,097 tan, tiba di Pelabuhan Tawau pada 11 September 2008 yang lalu dan terkandas sehingga kini selepas menurunkan muatan petrol di jeti Pelabuhan Tawau.
Kapal MT Nepline Dangar ini bukanlah satu-satunya kapal terkandas yang dikendalikan sebuah syarikat perkapalan Malaysia, iaitu Malaysia Nepline Berhad, sebaliknya terdapat beberapa lagi kapal syarikat berkenaan turut terkandas di beberapa perairan negeri-negeri lain di Malaysia.
Lebih menyedihkan apabila mereka bukan sahaja terkandas, sebaliknya turut TIDAK dibayar gaji Read the rest of this entry »





