Semut Beri Petanda Rezeki Anda?

Filed Under (Info, Misteri, Peribadi, Suka-suka, Umum) by PuteriEzza on 29-06-2009

Tagged Under : , , , , , , , , , , , ,

Kredit foto kepada: Greatneck

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Cakkk! Selamat bertemu kembali kepada anda semua. Kali ini Puteri Ezza ingin berkongsi tentang satu info yang menarik untuk anda. Mungkin sebelum ini anda pernah mendengar mengenai perkaitan antara hidupan-hidupan tertentu dengan kejadian-kejadian yang berlaku terhadap diri mahupun sekitar kita.

Contohnya, Read the rest of this entry »

Berhutang Nyawa dengan Anjing

Filed Under (Berita, Misteri, Peribadi, Tragedi) by PuteriEzza on 21-11-2008

Tagged Under : , , , , , , , , , , , , , ,

NOTA SISIPAN (Kemaskini pada 23/11/2088): Setinggi penghargaan kepada Imran Ajmain, artis Kota Singa yang terkenal dengan lagu ‘Seribu Tahun’, kerana sudi berjejak ke laman Warna-warni Kehidupan Puteri Ezza ini. Kepada para pengunjung laman ini dipersilakan juga untuk berkunjung ke laman web Imran Ajmain ya.

Berhutang wang, setiap manusia jarang benar terkecuali daripada melakukannya. Tapi pernahkah anda berhutang NYAWA? 

Pada kali ini, Puteri Ezza ingin berkongsi satu cerita yang pelik, tetapi ia memang benar-benar terjadi ke atas diri Puteri Ezza dua hari sebelum berangkat pulang ke kampung. Pada waktu itu aku tidur lewat seperti malam-malam yang sebelumnya. Seperti biasa, aku sering menggunakan detik lewat malam untuk mencari ilham bagi menyempurnakan projek-projek penulisanku kerana kesunyian malam mampu merangsang mindaku untuk berkarya. Aku perlu memerah otak untuk mengingat kembali dua bab buku yang telah ditaip tetapi akhirnya lesap angkara virus. (Komputer bimbitku terpaksa diformat oleh kekanda Akhiey dan kekanda Rahim, tanpa sempat menyelamatkan beberapa projek penulisanku yang terdapat di dalamnya).

Sedang asyik mencari ilham dan menaip, tiba-tiba anjing menyalak benar-benar berhampiran dengan tingkap bilik. Perkara ini tidak pernah terjadi sebelum-sebelum ini. Selalunya anjing menyalak jauh dari kediaman guru yang aku duduki itu. Aku jarang marah. Aku jarang mengamuk. Tetapi malam itu hatiku sangat terbakar. Aku benci dengan salakan anjing itu. Aku menyumpah seranah di dalam hati. Hoiiii, aku tengah cari ilham ni. Dateline tak lama lagi woiiii.

Read the rest of this entry »

Air Liur Basi Ada Penawar

Filed Under (Berita, Buli Ba Kalau Kau (BBKK), Keluarga, Peribadi, Program Amal) by PuteriEzza on 09-11-2008

Tagged Under : , , , , , , , , , , , , , , , , ,

{AMARAN: ENTRI PANJANG BERJELA}

NOTA SISIPAN [kemaskini pada 5.10 pm, 10 November 2008]: Selamat menyambut ulang tahun buat nenda yang dikasihi Puan Hajjah Sahara Datuk Aliuddin, yang berada di Lahad Datu. Beliau menyambut ulang tahunnya yang ke-74 tahun pada hari ini. Errr, betulkah umur tu? Nanti Puteri Ezza kira semula ya. Hikhik. Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberi kesihatan yang berpanjangan. Errrr, berhentilah berpolitik ya nenda kusayang (^_^).

-o-o-o-o-

Wah, macam pelik saja tajuk entri kali ini, kan? Walaupun pelik, ia tetap benar – air liur basi manusia memang ada penawar. Dalam al-Qur’an pun ada dinyatakan bahawa semua penyakit ada penawar, kecuali tua dan kematian.

Sebelum Puteri Ezza menceritakan tentang tajuk entri ni, Puteri Ezza ingin ceritakan sedikit perjalanan hidup Puteri Ezza sehari dua ini, sehinggalah menemui beberapa perkara menarik. Antaranya seperti yang tertera sebagai tajuk entri inilah :)

Seperti biasa, Tawau merupakan destinasi utama untuk aku menghabiskan hujung minggu. Kali ini, jadual sepanjang  di Tawau agak padat berbanding yang sebelum-sebelumnya. Mungkin disebabkan kali ini aku berada di sana cuma dua hari satu malam sahaja. Sampai sahaja di Tawau (lebih kurang pukul 10.30), aku dan dua orang rakan (seorang rakan serumah dan seorang kaunselor MRSM Tawau), bersarapan pagi di Restoran Sri Keningau (sebuah restoran yang agak terkenal di Negeri di Bawah Bayu ini dan mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia), yang terletak tidak jauh dari rumah keduaku di Taman Raja. Selepas sarapan pagi, aku melaporkan diri di Taman Raja. Setelah melapor diri di ruang utama, aku menghantar barang-barang ke kamar beradu. Read the rest of this entry »

Mukaddimah

Info Projek Amal Bloggers Go Charity.

---

Untuk paparan yang lebih baik, sila kunjungi Laman Warna Warni Kehidupan ini menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome

Selamat datang ke laman Warna-warni Kehidupan Puteri Ezza, seorang puteri kelahiran Negeri Sabah di Bawah Bayu, yang menjadi penyambung perjuangan tertunda seorang bapa. Seorang hamba Allah yang hina, seorang insan yang hidup sederhana, seorang guru, seorang anak seni, seorang penulis bebas, seorang usahawan kecil-kecilan dan seorang pemerhati yang kerdil terhadap perkembangan politik dunia. Juga seorang politikus neutral yang mencintai keharmonian. Meyakini bahawa setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuanNya yang Maha Esa.

---

Iklan Maya

---

---

---

Laman Keluarga

---

---

---

---

---