Nuffnang Supports Gaza Crisis Children’s Appeal 2009

Filed Under (Program Amal, Tragedi) by PuteriEzza on 22-01-2009

Tagged Under : , , ,

Anda seorang Nuffnanger? Jika ya, teruskan membaca entri ini. Jika tidak, teruskan juga membaca. Siapa tahu, ada keikhlasan di hati anda untuk turut memberi sokongan kepada UNICEF bagi membantu kanak-kanak di Gaza, seperti yang dilakukan oleh Nuffnang.

Sebagai salah seorang Nuffnanger, Puteri Ezza sangat berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh Nuffnang ini. Mari ikuti apa yang dipaparkan oleh Nuffnang menerusi laman web rasmi mereka:

As many of you may already know, a war broke out not long ago in Gaza with heavy causalities to innocent civilians. Hearing this, most of us are glad that we’re living in a peaceful country with no conflicts. However, for those who are in Gaza, their lives will never be the same again.

Read the rest of this entry »

Selamat Datang 2009

Filed Under (Berita, Buli Ba Kalau Kau (BBKK), Perayaan, Program Amal, Umum) by PuteriEzza on 01-01-2009

Tagged Under : , , , ,


Pixel Code Graphics

Selamat Tahun Baharu 2009 diucapkan kepada ahli keluarga yang dikasihi serta seluruh pengunjung laman blog Warna-warni Kehidupan Puteri Ezza ini, tidak kiralah sama ada dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam mahupun dari negara-negara lain (termasuk warga Malaysia yang berada di perantauan).

Terima kasih atas sokongan dan kunjungan ke laman blog ini. Tanpa anda semua, blog ini akan sepi. Kedatangan anda ke laman blog ini juga secara tidak langsung telah meningkatkan pendapatan Nuffnang Ads kepada satu angka yang menakjubkan dan amat sukar dipercayai. Terima kasih yang tidak terhingga. Semoga Allah melipat gandakan rezeki anda semua. Sumbangan anda (menerusi Nuffnang Ads) itu akan menjadi dana tambahan kepada tabung amal Bloggers Go Charity.

InsyaAllah, lebih banyak perkara menarik akan dipaparkan di sini, dan lebih banyak aktiviti telah dirancang untuk turut sama disertai oleh anda pada tahun 2009 ini.

Salam sayang buat anda semua dan selamat datang 2009.

Mukaddimah

Info Projek Amal Bloggers Go Charity.

---

Untuk paparan yang lebih baik, sila kunjungi Laman Warna Warni Kehidupan ini menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome

Selamat datang ke laman Warna-warni Kehidupan Puteri Ezza, seorang puteri kelahiran Negeri Sabah di Bawah Bayu, yang menjadi penyambung perjuangan tertunda seorang bapa. Seorang hamba Allah yang hina, seorang insan yang hidup sederhana, seorang guru, seorang anak seni, seorang penulis bebas, seorang usahawan kecil-kecilan dan seorang pemerhati yang kerdil terhadap perkembangan politik dunia. Juga seorang politikus neutral yang mencintai keharmonian. Meyakini bahawa setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuanNya yang Maha Esa.

---

Iklan Maya

---

---

---

Laman Keluarga

---

---

---

---

---