Entri Khas buat Guru Besar

Filed Under (Peribadi, Tragedi) by PuteriEzza on 26-02-2010

Tagged Under : , , , , ,

Terlebih dahulu, sebagai pembukaan entri saya pada kali ini, dengan hati yang tulus ikhlas, saya ingin memohon maaf kepada Guru Besar saya, Encik Ahmadidin Rosidin sekeluarga, kerana ada entri terdahulu saya yang bertajuk CUTI SEKOLAH: Yang Seronok, Yang Hampa… (Bahagian 3), tanpa disedari telah menimbulkan sedikit kontroversi. Saya tidak berniat apa-apa, selain daripada menceritakan rentetan perjalanan hidup saya untuk dikongsi bersama pembaca laman siber ini, terutama sekali ahli keluarga.

Selain itu, Read the rest of this entry »

Selamat Hari Guru

Filed Under (Perayaan, Peribadi, Suka-suka, Umum) by PuteriEzza on 16-05-2009

Tagged Under : , , , , , , , , , , , , ,

Selamat Hari Guru diucapkan buat semua pendidik yang ada di dunia ini. Semoga kita semua akan terus mendidik dengan penuh cemerlang. Kejayaan mendidik dalam erti kata yang sebenar bukanlah ‘hanya’ menjadikan anak-anak murid kita ‘pandai’, tetapi tahu bagaimana untuk memanfaatkan ilmu yang ada dalam diri mereka.

Sempena Hari Guru pada tahun ini, aku telah menerima banyak ucapan dan kad ucapan maya daripada ‘orang tersayang’ dan rakan-rakan yang budiman. Berikut ini merupakan kad ucapan pertama yang diterima, yang datangnya daripada seseorang yang sungguh ‘istimewa‘ dalam hidup Puteri Ezza.

Read the rest of this entry »

MC lagi dan lagi lagi MC…

Filed Under (Peribadi, Suka-suka) by PuteriEzza on 17-04-2009

Tagged Under : , , , , , , , , , , ,

Haiyo, tensi sudah mari! Terpaksa jadi MC (Pengacara Majlis) lagi. Tugas yang sudah ingin aku lupakan, tetapi akhirnya aku dicari lagi, lagi, lagi dan lagi. Panggilan sudah tidak kujawab dan deringannya yang berpuluh kali itu aku abaikan,  tapi akhirnya aku kalah lagi.

Semasa Mad Asri Haji Alian mengambil alih tampuk pemerintahan Pejabat Pelajaran Daerah Kunak daripada Zamri Pehakan sebagai Pegawai Pelajaran Daerah (PPD), aku sedikit lega kerana aku sudah tidak dicari.  Maka, dapatlah aku berehat dan merewang-rewang tanpa hala tuju ke mana-mana sahaja yang aku mahu. Aman damai duniaku. Hikhik.

Namun, harapkan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Akhirnya, Mad Asri menamatkan perkhidmatan sebagai PPD di Kunak dan berpindah ke daerah lain. Zamri Pehakan muncul kembali mengambil alih tampuk pemerintahan. Maka, tidak senang duduklah aku dibuatnya. Huhu.

Aku bukanlah tidak menyukai Zamri Pehakan. Aku sangat menyayangi beliau kerana beliau sebenarnya Read the rest of this entry »

Mukaddimah

Info Projek Amal Bloggers Go Charity.

---

Untuk paparan yang lebih baik, sila kunjungi Laman Warna Warni Kehidupan ini menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome

Selamat datang ke laman Warna-warni Kehidupan Puteri Ezza, seorang puteri kelahiran Negeri Sabah di Bawah Bayu, yang menjadi penyambung perjuangan tertunda seorang bapa. Seorang hamba Allah yang hina, seorang insan yang hidup sederhana, seorang guru, seorang anak seni, seorang penulis bebas, seorang usahawan kecil-kecilan dan seorang pemerhati yang kerdil terhadap perkembangan politik dunia. Juga seorang politikus neutral yang mencintai keharmonian. Meyakini bahawa setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuanNya yang Maha Esa.

---

Iklan Maya

---

---

---

Laman Keluarga

---

---

---

---

---