Lancar Bantuan Kepada Mangsa Kapal Kandas MT Nepline

Filed Under (Berita, Peribadi, Program Amal, Tawaukini, Tragedi, Umum) by PuteriEzza on 21-02-2009

Tagged Under : , , , , , , , , , , ,

12 daripada 15 anak kapal MT Nepline Dangar yang hampir setengah tahun terkandas di Perairan Tawau. Foto diterima daripada krew kapal pada 20 Februari 2009.

Pada penghujung Disember yang lalu, telah disiarkan di dalam akhbar, tentang sebuah kapal yang terkandas di Perairan Tawau. Kapal tersebut yang diberi nama MT Nepline Dangar, yang berukuran 89.93 meter dengan berat 3,097 tan, tiba di Pelabuhan Tawau pada 11 September 2008 yang lalu dan terkandas sehingga kini selepas menurunkan muatan petrol di jeti Pelabuhan Tawau.

Kapal MT Nepline Dangar ini bukanlah satu-satunya kapal terkandas yang dikendalikan sebuah syarikat perkapalan Malaysia, iaitu Malaysia Nepline Berhad, sebaliknya terdapat beberapa lagi kapal syarikat berkenaan turut terkandas di beberapa perairan negeri-negeri lain di Malaysia.

Lebih menyedihkan apabila mereka bukan sahaja terkandas, sebaliknya turut TIDAK dibayar gaji Read the rest of this entry »

Nuffnang Supports Gaza Crisis Children’s Appeal 2009

Filed Under (Program Amal, Tragedi) by PuteriEzza on 22-01-2009

Tagged Under : , , ,

Anda seorang Nuffnanger? Jika ya, teruskan membaca entri ini. Jika tidak, teruskan juga membaca. Siapa tahu, ada keikhlasan di hati anda untuk turut memberi sokongan kepada UNICEF bagi membantu kanak-kanak di Gaza, seperti yang dilakukan oleh Nuffnang.

Sebagai salah seorang Nuffnanger, Puteri Ezza sangat berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh Nuffnang ini. Mari ikuti apa yang dipaparkan oleh Nuffnang menerusi laman web rasmi mereka:

As many of you may already know, a war broke out not long ago in Gaza with heavy causalities to innocent civilians. Hearing this, most of us are glad that we’re living in a peaceful country with no conflicts. However, for those who are in Gaza, their lives will never be the same again.

Read the rest of this entry »

Isu Palestin: Rayuan Bantuan Segera

Filed Under (Program Amal, Tragedi) by PuteriEzza on 08-01-2009

Tagged Under : , , , , , , , , ,

Sebagai masyarakat yang prihatin terhadap kesengsaraan dan penderitaan masyarakat di Palestin, dengan hati yang tulus ikhlas marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka. Berikut disertakan beberapa cara untuk anda menghulurkan sumbangan:

Pertama, melalui Tabung Bantuan NSTP:

Anda boleh menyumbang melalui Tabung Bantuan The New Straits Times Press Malaysia (NSTP)?, dengan mendepositkan wang bantuan anda ke akaun Maybank (NSTP Fund for Gaza)? seperti yang tertera pada gambar di atas.

Anda juga boleh menyumbangkan bantuan menerusi cek berpalang kepada The New Straits Times Press (M) Bhd.? dengan menulis Fund for Gaza”? pada bahagian belakang cek berkenaan, dan kirimkan kepada NSTP di alamat: Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur; atau menyalurkan bantuan secara terus ke pejabat NSTP di alamat yang sama, atau di mana-mana cawangan NSTP di seluruh Malaysia.

Anda boleh klik pada gambar di atas untuk ke ruang berita NSTP yang memaparkan perkara ini.

Kedua, melalui Pasukan ‘Malaysian Medical Relief Society‘ (MERCY Malaysia). Berikut adalah artikel yang dipetik daripada Laman Web Rasmi MERCY Malaysia?:

MERCY Malaysia? appeals to the public to donate to the PALESTINE RELIEF FUND

Read the rest of this entry »

Mukaddimah

Info Projek Amal Bloggers Go Charity.

---

Untuk paparan yang lebih baik, sila kunjungi Laman Warna Warni Kehidupan ini menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome

Selamat datang ke laman Warna-warni Kehidupan Puteri Ezza, seorang puteri kelahiran Negeri Sabah di Bawah Bayu, yang menjadi penyambung perjuangan tertunda seorang bapa. Seorang hamba Allah yang hina, seorang insan yang hidup sederhana, seorang guru, seorang anak seni, seorang penulis bebas, seorang usahawan kecil-kecilan dan seorang pemerhati yang kerdil terhadap perkembangan politik dunia. Juga seorang politikus neutral yang mencintai keharmonian. Meyakini bahawa setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuanNya yang Maha Esa.

---

Iklan Maya

---

---

---

Laman Keluarga

---

---

---

---

---