MC lagi dan lagi lagi MC…
Filed Under (Peribadi, Suka-suka) by PuteriEzza on 17-04-2009
Tagged Under : Aksi Guru, Aksi Guru di Dalam Kelas, Guru Cemerlang Kunak, Guru Hangat, Haji Suharpi, Hajjah Saida, Kunak, Pejabat Pelajaran Daerah Kunak, PPD Kunak, PPDK, Skim Kokos, Zamri Pehakan
Haiyo, tensi sudah mari! Terpaksa jadi MC (Pengacara Majlis) lagi. Tugas yang sudah ingin aku lupakan, tetapi akhirnya aku dicari lagi, lagi, lagi dan lagi. Panggilan sudah tidak kujawab dan deringannya yang berpuluh kali itu aku abaikan, tapi akhirnya aku kalah lagi.
Semasa Mad Asri Haji Alian mengambil alih tampuk pemerintahan Pejabat Pelajaran Daerah Kunak daripada Zamri Pehakan sebagai Pegawai Pelajaran Daerah (PPD), aku sedikit lega kerana aku sudah tidak dicari. Maka, dapatlah aku berehat dan merewang-rewang tanpa hala tuju ke mana-mana sahaja yang aku mahu. Aman damai duniaku. Hikhik.
Namun, harapkan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Akhirnya, Mad Asri menamatkan perkhidmatan sebagai PPD di Kunak dan berpindah ke daerah lain. Zamri Pehakan muncul kembali mengambil alih tampuk pemerintahan. Maka, tidak senang duduklah aku dibuatnya. Huhu.
Aku bukanlah tidak menyukai Zamri Pehakan. Aku sangat menyayangi beliau kerana beliau sebenarnya Read the rest of this entry »





