Bloggers Go Charity
Filed Under (Berita, Buli Ba Kalau Kau (BBKK), Program Amal, Tawaukini) by PuteriEzza on 08-10-2008
Tagged Under : Bloggers Go Charity, Charity, Kerja Amal, Projek Amal di Sabah, Tawaukini.com, Tawaukini.ning.com
Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurniaNya, komuniti blogger di Malaysia, iaitu Team Bulih Ba Kalau Kau (BBKK) dan Komuniti Msjbox, akan memulakan misi kemasyarakatannya pada Oktober tahun ini. Ia sebagai salah satu usaha untuk mendekatkan para blogger dengan masyarakat sekitar, khususnya golongan-golongan kurang upaya, kurang berkemampuan atau mereka yang terkategori sebagai golongan-golongan teruji. Misi ini secara tidak langsung dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyakarat penyayang.
Tidak dinafikan, komuniti-komuniti blogger ini telah menganjurkan beberapa program, bertujuan mengeratkan silaturrahim sesama ahli. Namun, kita akan turut menyelitkan program-program berunsur kemasyarakatan dalam kalendar aktiviti komuniti.
Bermakna, program-program kemasyarakatan/kebajikan yang dianjurkan itu bukan sahaja memberikan kegembiraan kepada kita (para blogger), tetapi dalam masa yang sama kita turut menggembirakan orang lain. Dengan itu, kita dapat membina rangkaian dan silaturrahim dengan segenap lapisan masyarakat.
SIAPA?
Adakah program ‘Bloggers Go Charity‘ ini hanya terbuka kepada ahli-ahli Team BBKK dan Komuniti Msjbox sahaja? Jawapannya, TIDAK. Semua blogger boleh menyertai misi kemasyarakatan/kebajikan ini. Team BBKK dan Komuniti Msjbox hanya sebagai perintis. Jika program ini mendapat sambutan dan sokongan daripada ramai blogger, maka ia akan dirangkumkan keseluruhannya menjadi ‘Bloggers Go Charity Team‘, tidak kiralah di mana sekalipun anda berada.
BAGAIMANA?
Bagaimana mahu menyertai team ini? Cuma kirimkan e-mel yang mengandungi nama penuh anda, alamat surat-menyurat, nama samaran (yang digunakan semasa blogging), URL blog/web anda dan nombor telefon ke dirgahayuputeri@live.com.my (CC: charity@puteriezza.com), atau melalui sms ke 019-8693050.
Contohnya:
To: dirgahayuputeri@live.com.my
CC: charity@puteriezza.com
Subject: Bloggers Go For Charity
Message
Nama penuh : Shaza Aneeshaheera Shah
Alamat surat-menyurat : Lot 123, Lorong 4, Taman Lima,
67890 Kota Mahkota,
Sabah, Malaysia.
Nama samaran : Puteri Anees
URL Blog : http://www.puterianees.belumadablog.com/
Nombor telefon : 012-3456789
YURAN?
Adakah sebarang yuran atau bayaran dikenakan untuk menyertai team ini? Jawapannya, TIDAK. Puteri Ezza hanya memerlukan sokongan, semangat dan sedikit pengorbanan masa daripada para blogger. Namun, untuk program-program tertentu, kita mungkin akan mengenakan sedikit bayaran/sumbangan yang ikhlas daripada anda.
SUMBER?
Kalau tidak ada yuran, dari mana dapat sumber kewangan untuk menampung program? Sumber kewangan untuk program ini adalah daripada sumbangan peribadi beberapa orang blogger, dan hasil pendapatan daripada Adsense (Nuffnang Ads, Google Ads dan lain-lain lagi).
Maka, anda boleh memberikan sumber kewangan untuk program ini dengan minimum ’satu klik’ pada Ads yang terdapat dalam laman ini. Sumbangan peribadi orang perseorangan atau organisasi dialu-alukan. Oh, ya! Dengan membeli produk BBKK (melalui Dirgahayu Puteri Online Biz) juga, secara tidak langsung, anda telah memberi sumber kewangan untuk program ini. Dan, seperti yang dikatakan tadi, sedikit sumbangan daripada blogger MUNGKIN diperlukan untuk program-program tertentu.
TERKINI:Rangkaian Laman Sesawang Tawaukini – Pencetus Minda Anda dan ahli-ahlinya turut memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program amal Bloggers Go Charity ini. Dalam ertikata lain, program amal Bloggers Go Charity kini bergabung tenaga dengan Tawaukini dalam membantu masyarakat. Bloggers Go Charity adalah sebahagian daripada Tawaukini, dan Tawaukini adalah sebahagian daripada penggerak projek amal Bloggers Go Charity.
(Untuk permulaan ini, Bloggers Go Charity akan bergerak di Negeri di Bawah Bayu. Misi akan diperluaskan ke negeri-negeri lain selepas ini).






mcm best ja ni….mau join tp msti tia dpt sbb jauh d seberang ni…mcm mana ni?
APRIL
———–
Tia apa. Boleh juga tu. Jarak tempat tia jadi masalah. As long berminat, join saja (^_^) Manatau nanti siurang buat program sana tempat April ka… kan (^_^)
Sis!!! nice one oh.. Tawau jauh ni.. anyway, still buli support by clicking the ads kan…
Tetap support dari belakang ni!…
Cheers!
Yuhuuuuu sis (^_^) Still can join and support bah. Coz, this November & Disember, program akan dibuat around KK (^_^) Anyway, rajin2 klik tu ads ah (^_^)
nice ideaaaa!!!! i kinda intrested…
Bah. mari join kitorang Leo (^_^) Ni hujung tahun balik Sabah juga kan?
Ya….Buli Ba Kalau Kau!!!!!
Good, Leo! (^_^) Thanks for your support.
salam za…. esok aku bagi info lengkap kat email….
friendlys Entri yang hangat dan terkini..Coretan SEOrang Bloggers Tawau.
Wa’alaikumsalam Friendly. Terima kasih atas sokongan anda (^_^) Wahhh, rasa macam menangis pun ada ni. Terharu. Terima kasih kepada semua rakan-rakan.
Wah, bestnya! It’s really good to give back to the community and do something nice for others.
Good job Tawau bloggers!!
Rozellas Entri yang hangat dan terkini..Itchy Fingers
wah… Impresif!!!!
tahniah!!!!
satu usaha yang murni…
ROZELLA
—————–
Thanks Rozella! I love you. Mmmmuahhh! Support ya (^_^)
KASAWARI
—————–
Terima kasih sangat-sangat. Sokongan semua amat dihargai (^_^) Eh, awat buat program Msjbox tu dekat2 nak buka sekolah? Rugilah Ezza kalau macam ni. Hukhuk
tulah.. sebab tak terpikir pasal bukak sekolah..
mula2 perancangan awal nak buat 20dec (besday kasawari tu he he).. tapi ada plak kata lum gaji.. ermm.. nanti bawak meeting dgn jun dan shai tentang tarikh tu..
tentang program kebajikan.. Insya Allah.. boleh diperpanjangkan di Msjbox Selatan.. saya sangat berminat program2 sebegini.. Insya Allah tahun 2009 boleh dijalankan.. nanti ezza jadi penasihat eh.. he he
KASAWARI
——————
Nak teruskan dengan 27 Disember pun takpe gak. Ezza gurau je tu. Tapi, kalau buat awal dan dimaklumkan awal, Ezza boleh plan untuk datang ke sana dan memeriahkan program. Kalau tak dapat join pun Ezza tetap bagi sokongan buat kawan-kawan Ezza di sana (^_^) Ezza fokus dengan program charity ni dulu ye…
Terima kasih atas sokongan Msjbox Selatan (^_^) InsyaAllah, kalau Msjbox Selatan buat program kebajikan kat sana, Ezza akan bagi sokongan penuh. Kalau ada rezeki, Ezza akan turut serta juga (^_^) Alaaa, siapa-siapa pun boleh jadi penasihat ape (^_^)
Count me in. I’ll definitely in!
Kalau ada acara di KK, saya boleh offer tempat persinggahan. Tuan rumahlah kira. Buli bah kalau kau.
yes! sgt2 setuju 100%. saya sudah start masa blog saya baru dibuka. tapi teda yg sudi click sia punya ad, masih ada usd1.09… so bloggers minta tolong la click2 di blog saya http://www.umanja.blogspot.com. ezza, buat di kk juga k?
REM
———
Wow! Thank you, Rem! Yeah, I’ll count you in (^_^) Program di KK akan dibuat November ini. Wah, sudah ada orang offer tempat persinggahan. Terharunyaaaa. Bah, buli bah kalau kita. Nanti Ezza inform ya… Thanks once again… (^_^)
IZAN
———–
Thanks, Izan! Mmmmuah! (^_^) Nda pa, nanti aku tlg Izan klik ads di blog Izan tu ya (^_^)
Ya, nanti program akan dibuat di KK juga sebab program ni ramai supporter dalam kalangan bloggers yang bermastautin di KK. Nanti aku contact Izan ya…
ok za… dah send…
friendlys Entri yang hangat dan terkini..Coretan SEOrang Bloggers Tawau.
FRIENDLY
——————
Ok Friendly. Terima kasih ya. Nanti saya check.
Assalamualaikum warahmatullah ezza(nama penuh kamu apa?- apa maknanya )
Alhamdulillah, berjaya kamu akhirnya untuk memiliki laman web blog persendirian dan berdaftar. Kalau sudah mempunyai laman web blog persendirian begini sudah dikira “kaya” lah di tempat saya.
… Jangan lah terasa dihati, kaya itu maksudu kaya dari segi ilmu dan sponsors lah.
Lantas, kejayaan kamu ini bolehlah buat kenduri ataupun bersedekah kepada teman2 bloggers..
Bagus lah, sudah boleh duduk sebaris dengan Pak Menteri kalau begini, kamukan minat sungguh dengan politik, teruskan. InsyaAllah. Kami dilaman “percuma” Blogger.blogspot akan senantiasa memberikan sokongan. diharapkan agar Ezza (nama penuhhh?) tidak akan tersasar daripada prinsip-prinsip fitrah diri dan perkara dasar yang perlu kita taati.
Salam Aidul Fitri 1429H yang mulia sekali saya ucapkan dan Syabbas! kepada Puteri EZZA.
Salute!
ZUL RAHMAN
ZUL RAHMAN
———————
Wa’alaikumsalam warahmatullah Zul. Hikhik. Entahlah, saya pun tak tahu apa maksud nama saya. Rasanya tak ada makna kot. Huhu. Nama penuh saya Ezza Fazlina (^_^)
Alhamdulillah (^_^) Tapi, itu bukanlah bermakna saya ini kaya. Yang kaya itu adalah DIA (^_^)
Dan, itu bukan juga bermakna saya sudah boleh duduk sebaris dengan Pak Menteri. Saya sama juga seperti rakan-rakan yang lain. Usahlah membeza-bezakan saya dengan rakan-rakan yang lain hanya kerana menggunakan laman berbayar ini.
Terima kasih atas sokongan dan nasihat yang berguna itu. Selagi setiap apa yang kita lakukan diniatkan untuk mendapat keredhaanNya, insyaAllah… tak akan tersasar daripada landasan yang sepatutnya. Semoga DIA memberkati kehidupan dan tindakan kita semua.
Salam Aidilfitri dan terima kasih yang tidak terhingga buat Zul (^_^)
good one…click sja ka keja sy? hehe sinang sja tu..;p no prob
CLAIRE
————–
Bukan setakat klik saja. Mau join tu aktiviti pun boleh. Sangat dialu-alukan. Lagi ramai lagi meriah (^_^)
Hi Ezza,
Thanks for the support. Mesti best kan dpt kumpul ramai² buat aktiviti amal. Me & Alvin go thru your post ni lastnite..very impressive!
Go Tawau Bloggers!!
Go BBKK!!
Go Komuniti MsjBox!!!
za…. minta izin aku copy artikel nih…..
friendlys Entri yang hangat dan terkini..Coretan SEOrang Bloggers Tawau.
GURANGAK
————————
Hi, Andy! Thanks for your support too (^_^) Memang best ba kan berkumpul ramai-ramai sambil buat kerja amal ni (^_^)
Ya, ada si Alvin bagitau sia semalam tu. Hikhik. Thanks ah, Andy! (^_^)
FRIENDLY
—————–
Ya, Friendly. Silakan (^_^) Manfaatkan artikel ini sebaiknya…
ok, sya join tapi… tidak tentu balik kk ka ndak ni hujung thn… support dari jauh la.
SARAH
————–
Terima kasih Sarah (^_^) Sokong dari jauh pun tidak mengapa. Nanti kita akan buat program di semenanjung Malaysia juga. Kalau Sarah balik Sabah, boleh join program yang di Sabah (^_^)
keep it up!! bravo ezza! bravo!!
BECK
———–
Thanks, darl! *blush* Hikhik. Ba, nanti kalau ada program sana KK, sia bisik2 ko ah. Kalau teda halangan, kita buat pada bulan November nanti somewhere around KK.
Thanks for your support my fren! Mmmmmmmuahhhh! (^_^)
Bersempena dengan kedatangan Bulan Syawal, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pembaca-pembaca blog yang budiman jika terdapat sebarang kesalahan atau tersinggung kata. Almaklumlah, kekadang tu bila beri komen tu tak toleh kiri kanan. Diharapkan kedatangan bulan Syawal kali ini akan dipenuhi dengan keberkatan dan keinsafan….
LETTING
——————
Rasanya saudara tidak pernah melakukan sebarang kesalahan ataupun menyinggung perasaan saya. Walau bagaimanapun, dengan ketulusan hati saudara memohon kemaafan, maka saya juga berlapang dada menerima maaf daripada saudara (meski tidak ada apa-apa yang perlu saya maafkan (^_^)). Selamat Hari Raya Aidilfitri.
baca
ramlyotai.blogspot.com
aberamly.wordpress.com
adek niaga yee. salam kenal
SALAM UKHWAH…SALAM IDULFITRI…SAYA LINK BLOG SAUDARI.
Raja Marzuqis Entri yang hangat dan terkini..
RAJA MARZUQI
—————————
Salam Ukhwah dan Salam Aidilfitri juga buat saudara (^_^) Blog saudara saya akan masukkan dalam senarai link teman pada blog ini. Terima kasih atas kunjungan saudara ya (^_^)
Hai Puteri,
Bagus ni charity… teruskan. saya support dari belakang.. kalau ada banner kecil , boleh letak di web sa…
hello puteri,sia setuju…
KERANA MEMANG KALAU D ZAMAN GLOBAL INI KITA MESTI FRIENDLY KAN.
SAN (PIASAU.COM)
———————————-
Hai, San! Terima kasih ya, fren. Ya, nanti saya buat banner kecil tu ya. Terima kasih sekali lagi (^_^)
TANAKVAGU
————————-
Tanakvagu, sia pun setuju dengan komenmu itu. Tabikkkkk (^_^)> Hikhik. Nanti kalau balik Sabah, Tanakvagu join ah!
salam Pu3,
wah bnyk juga aktiviti ko ni..insyaallah, kalo tada aral melintang ka terlentang, sa akan join., kita bawa diurg si ungu ka, si nurul ka..hehe
KAY
———–
Salam Kay (^_^)
Hikhik… sudah lama bah sia rancang ni. Tapi baru berpeluang untuk dilaksanakan. Baru ni tahun saya banyak masa free. Bah, cuti skul nanti boleh la kita beraktiviti beramai-ramai ya. Wah, ndak sabar ni mau jumpa kamurang semua. Psssttt… kita berkampung sana rumah si Rem (^_^)
[...] pada pukul 4.30 petang tadi, krew Tawaukini melalui program Bloggers Go Charity telah menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa kapal kandas MT Nepline Dangar, yang terkandas di [...]
Slm..
Nk tnya?If mo bt charity d sbh kn..Kampung mna pling sesuai? Pihak U kmi mo bt prgram d sbh.. klu bole tmpt2 yg hdup ssh.. bole bg pserta rsa hdup ssh mcmn.. kn2.. hahaha.. thnx in advnce..