Laman Ini Buruk
Filed Under (Info, Peribadi) by PuteriEzza on 25-03-2010
Tagged Under : Kunak, laman web ppd kunak, Pejabat Pelajaran Daerah Kunak, PPD Kunak, PPDK, weblog ppd kunak
Harap maaf. Laman ini berterabur. Saya sedang dalam proses mengubah penampilan laman ini. Untuk melihat laman ini dalam keadaan yang sempurna (paling tidak pun hampir sempurna), kunjungi semula laman ini sedikit masa lagi.
Nampaknya, ramai yang tersesat masuk ke laman ini apabila mencari laman web Pejabat Pelajaran Daerah Kunak, kan? Kalau dah tersesat masuk ke sini, lain kali masuklah lagi. Saya tidak menghalang sesiapa untuk berkunjung ke sini. Lagi ramai yang masuk, saya lebih suka. Anda masuk dengan cara baik, saya layan dengan cara baik. Anda masuk dengan tidak beradab, saya juga akan melayan anda dengan tidak beradab seperti yang saya lakukan terhadap seseekor seseorang pada salah satu entri sebelum ini (lainlah kalau anda ingin glamour seperti beliau). Anda boleh komen apa sahaja yang anda suka. Saya tidak kisah. Tetapi, kalau ingin mengirimkan komen puaka seperti seseekor seseorang yang saya maksudkan itu, jangan palsukan identiti anda, kerana siapa pun anda dan dari mana sekali pun anda melayari Internet, saya tetap boleh mengesan siapa anda.
Kalau mahu berkunjung ke laman web PPD Kunak, sila klik DI SINI.






Assalamualaikum Puan Puteri Ezza,
Saya amat tertarik dengan tulisan2 anda dan amat bersyukur ditemu kan secara tidak sengaja dengan izinNya jua.. Saya ingin membuat satu permintaan mengenai bagaimana nak belajar sifir secara efektif.. Ya, saya tau entry bagi topik ni dah lama anda masukkan disini.. tapi offer yang ditawarkan tak lapuk dek zaman.. kerana masalah ini byk berlaku dikalangan anak2 melayu.. termasuk anak2 saya.. lemah sungguh minda mereka nak mengingati sifir..
So, disini saya ingin merayu sedikit masa anda agar dapat berkongsi kaedah yang anda reka.. mudah2an anak2 dapat manafaat darinya..
Jazakallah..
BEEP BEEP
salam.
cik ezza,boleh bg email?
nak tnye pasal promenade apartment.
tq:)