Entri Khas buat Guru Besar

Filed Under (Peribadi, Tragedi) by PuteriEzza on 26-02-2010

Tagged Under : , , , , ,

Terlebih dahulu, sebagai pembukaan entri saya pada kali ini, dengan hati yang tulus ikhlas, saya ingin memohon maaf kepada Guru Besar saya, Encik Ahmadidin Rosidin sekeluarga, kerana ada entri terdahulu saya yang bertajuk CUTI SEKOLAH: Yang Seronok, Yang Hampa… (Bahagian 3), tanpa disedari telah menimbulkan sedikit kontroversi. Saya tidak berniat apa-apa, selain daripada menceritakan rentetan perjalanan hidup saya untuk dikongsi bersama pembaca laman siber ini, terutama sekali ahli keluarga.

Selain itu, laman siber ini saya wujudkan sebagai medium untuk saya meluahkan apa sahaja yang terbuku di hati, sama ada suka, duka, pahit, manis, kelat atau apa sahaja sebagai salah satu terapi jiwa yang paling mujarab buat diri saya. Kerana adanya laman siber inilah, saya masih mampu bersikap bersahaja (atau ‘no feeling’, seperti yang kawan-kawan kata) jika ada pesakit-pesakit jiwa di luar sana yang memiliki hati berulat, mencanangkan apa-apa cerita tentang diri saya tanpa menyelidiki situasi saya yang sebenar.

Dengan adanya laman siber ini jugalah, saya masih mampu tersenyum apabila dimarah, dikeji atau dikritik segila-gilanya oleh sesiapa sahaja, dan membuatkan diri saya immune dan kuat menghadapi persekitaran-persekitaran yang sedemikian rupa.

Sebagai seorang yang gemar menulis dan lahir dalam kalangan keluarga yang rata-ratanya merupakan ahli politik dan berstatus penulis (sama ada penulis profesional, spara profesional, penulis goblok blog, penulis kecil-kecilan atau apa sahaja kategori penulis), saya memang dilatih untuk menulis secara transparent dan meletakkan risiko sebagai perkara terakhir untuk diambil kira.

Disebabkan keterbiasaan itulah, saya turut mengaplikasikannya pada laman siber ini tanpa apa-apa niat untuk offend orang-orang tertentu, (kecuali beberapa entri yang ditujukan khusus kepada orang-orang tertentu, terutama sekali kepada pihak-pihak yang tidak berani untuk bertanggungjawab di atas tindakan mereka sendiri).

Maka, secara tidak sengaja saya telah menyentuh peribadi pihak tertentu menerusi penulisan saya, seperti pada entri CUTI SEKOLAH: Yang Seronok, Yang Hampa… (Bahagian 3) itu. Setinggi-tinggi kemaafan lagi saya pohon kepada Guru Besar saya, Encik Ahmadidin Rosidin, dan keluarganya. Kosong kosong ya cikgu :)

Satu sahaja yang saya minta daripada cikgu, tolonglah selamatkan saya daripada bertugas sebagai juruacara dalam mana-mana majlis di luar sekolah. Saya tidak mahu lagi menjalankan tugas itu, melainkan yang melalui kerelaan saya sendiri. Apa sebab musababnya, nanti saya boleh cerita secara bersemuka dengan cikgu. Tolong ya…




Bookmark and Share

Entri Berkaitan

Comments

Post a comment

Mukaddimah

Info Projek Amal Bloggers Go Charity.

---

Untuk paparan yang lebih baik, sila kunjungi Laman Warna Warni Kehidupan ini menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome

Selamat datang ke laman Warna-warni Kehidupan Puteri Ezza, seorang puteri kelahiran Negeri Sabah di Bawah Bayu, yang menjadi penyambung perjuangan tertunda seorang bapa. Seorang hamba Allah yang hina, seorang insan yang hidup sederhana, seorang guru, seorang anak seni, seorang penulis bebas, seorang usahawan kecil-kecilan dan seorang pemerhati yang kerdil terhadap perkembangan politik dunia. Juga seorang politikus neutral yang mencintai keharmonian. Meyakini bahawa setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuanNya yang Maha Esa.

---

Iklan Maya

---

---

---

Laman Keluarga

---

---

---

---

---