Puteri Ezza Kini Kembali
Filed Under (Peribadi, Terjah dan Rungkai, Tragedi) by PuteriEzza on 21-02-2010
Tagged Under : Guru yang hangat, Pejabat Pelajaran Daerah Kunak, PPD Kunak, SK Kunak 2, SK Kunak Dua, SK Skim Cocos
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Terima kasih kerana masih sudi dan terus sudi berkunjung ke laman peribadi PuteriEzza.com. Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian, laman web ini masih kerap dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung setia, mahupun pengunjung-pengunjung baharu yang berjaya menemui laman ini menerusi pelbagai enjin carian.
Kesetiaan anda mengunjungi laman web ini (walaupun pada saat saya tidak mengemaskininya) telah mampu meningkatkan pendapatan iklan pada laman ini ke satu tahap yang tidak dijangka. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan.
Setelah agak lama membiarkan laman sesawang ini bersawang, maka banyaklah komen yang tersimpan dan tidak berjaya untuk dipaparkan kerana perlu diluluskan terlebih dahulu. Dalam banyak-banyak komen tersebut, saya amat tertarik dengan pemberi komen ini:
Nama: Jimi | E-mel: jimi2@yahoo.com | IP: 203.82.94.122
Bagi saya, pemberi komen ini merupakan seorang yang pengecut kerana meninggalkan komen sampah, tetapi tidak berani menggunakan nama sebenar.
E-mel yang digunakan juga ternyata PALSU.
Ingin saya nasihatkan kepada Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik yang menggunakan nama Jimi ini, laman ini laman saya. Saya membangunkan laman web ini dengan usaha dan wang ringgit sendiri. Malah, segala apa yang terkandung di dalam laman web ini adalah hasil pandangan saya, komen saya, buah fikiran saya, pengalaman saya atau apa sahaja yang berkaitan dengan diri mahupun orang-orang yang terdekat dengan saya tanpa pengaruh daripada sesiapa. Maka, suka hati sayalah mahu tulis apa.
Kalau anda rasa apa yang anda tulis itu betul, mengapa tidak berani menggunakan nama sebenar? Saya cabar anda, sila munculkan diri di hadapan saya… Itupun jika anda berani. Lainlah kalau anda tidak memiliki lan**u atau pu*i.
Kepada yang lain-lain, saya mohon maaf jika pada saat kemunculan saya kembali ke persada dunia tanpa sempadan ini, saya terpaksa menggunakan perkataan yang sedikit kesat. Sampah harus dilayan seperti sampah juga. Terima kasih.
Nota Sisipan: Anda mungkin menyangka bahawa dengan menggunakan nama dan e-mel yang palsu, saya tidak boleh mengesan siapa anda yang sebenarnya. Anda sangat tersilap. Dengan kecanggihan teknologi yang terkini, saya dengan mudah dapat mengesan siapa anda dan saya sebenarnya SUDAH TAHU SIAPA ANDA YANG SEBENARNYA. Saya ingin melihat sejauh mana anda berpura-pura di hadapan saya. Saya mungkin teruk, tetapi anda JAUH LEBIH TERUK daripada saya
~






[...] Puteri Ezza Kini Kembali [...]
Assalamualikum…. begitu lama dipertapaan…. pergi berguru di puncak Kinabalu untuk menambah ilmu agaknya. Tempohari saya ada ke KK dan tawau ada sedikit tugasan. Saya cuba call untuk bersua tetapi tak berjawab….
Salam, welcome back Pu3! ;D
wou…lama u tk ber’blog’ ya..ari tu ada jg sy p masuk baca baca blog u ni..sbb i baru ja transfer p kunak..sonok baca blog u…heheheh..ada jg terbaca ngan blog u pasal sikit ‘terpindah’ tu..huhuhu..as a fellow teacher- i felt for u…huhuhu…n salute la u berani berpegang pada prinsip..mau berkenalan btl bah dgn u ni…sy ni dr ranau, pindah sini sbb ikut hubby posting sini..heheheh…sebenarnya sy cari laman web PPD kunak tp nampaknya tak ada ya..? ok la…welcome back n hope to hear more from u…keep up the good work..;-)