Semut Beri Petanda Rezeki Anda?
Filed Under (Info, Misteri, Peribadi, Suka-suka, Umum) by PuteriEzza on 29-06-2009
Tagged Under : Enjit-enjit Semut, Keajaiban Pada Semut, Kisah Pelik Tapi Benar, Kisah Semut, Kuih Sarang Semut, Pelik Tapi Benar, Petua Murah Rezeki, Rahsia Mimpi, Rahsia Semut, Semut, Semut Merah, Tafsir Mimpi, Tentang Semut

Kredit foto kepada: Greatneck
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Cakkk! Selamat bertemu kembali kepada anda semua. Kali ini Puteri Ezza ingin berkongsi tentang satu info yang menarik untuk anda. Mungkin sebelum ini anda pernah mendengar mengenai perkaitan antara hidupan-hidupan tertentu dengan kejadian-kejadian yang berlaku terhadap diri mahupun sekitar kita.
Contohnya, kehadiran rama-rama di rumah memberi petanda bahawa akan ada tetamu yang bertandang dari jauh, atau jika kedengaran bunyi katak yang bersahut-sahutan memberi petanda bahawa akan terjadinya hujan. Mungkin juga perkaitannya menerusi mimpi-mimpi anda. Contohnya, jika bermimpi dipatuk ular, memberi petanda bahawa anda akan dipinang orang. (Jika yang bermimpi itu seorang yang tua atau berstatus isteri orang bagaimana pula ya?)
Tetapi, pernahkah anda terdengar akan perkaitan antara semut dengan rezeki anda? Apa yang bakal aku kongsikan ini tidak semestinya ‘benar’ atau ‘tepat’ belaka ya. Namun, setelah sekian lama memerhati dan mengamati perkara ini (yang terjadi terhadap diri sendiri dan orang-orang terdekat), aku mendapati bahawa hal ini memang ada benarnya.
Apakah petanda yang ingin aku kongsikan itu?
Jika rumah anda tiba-tiba didatangi ’semut’ berwarna hitam (terutama sekali yang tidak memberikan kesan ’sakit’ apabila digigit), bermakna dalam masa terdekat akan ada ‘wang’ yang sampai ke tangan anda, tidak kiralah sama ada kuantitinya banyak mahupun sedikit.
Namun, jika rumah anda didatangi semut-semut yang bukan berwarna hitam dan meninggalkan kesan sakit atau gatal apabila ia menggigit anda, bermakna kewangan anda akan mengalami kemerosotan pada waktu itu. Dalam erti kata lain, anda sedang/bakal menghadapi musim ‘kering’ atau pokai.
Ketahuilah bahawa semut-semut ini tidak sentiasa ada di rumah anda. Ia datang dan pergi bila-bila masa sahaja. Jika semut kategori kedua itu berkunjung atau bertamu di sudut-sudut rumah anda dalam jangka masa yang agak panjang, anda perlulah mula berjimat cermat bagi mengelakkan anda ‘tersungkur’ kerana langsung ketiadaan wang. (Kalau ada duit sekalipun, perlulah berjimat cermat ya. Jangan terlalu boros. Harus beringat sentiasa bagi menghadapi saat-saat ’sukar’).
Oleh itu, anda bolehlah mula menjelajah di sekeliling rumah anda dan melihat semut bagaimanakah yang sedang mendatangi rumah anda pada waktu ini. Tempat duduk anda di pejabat juga boleh diguna pakai untuk info ini ya.
Tetapi ingat, apa yang dikongsikan ini tidak semestinya ‘tepat’. Petunjuk untuk setiap individu kemungkinan berbeza-beza. Namun yang pastinya, petunjuk ini memang tepat menggambarkan keadaan kewangan Puteri Ezza sejak kali pertama menyedarinya. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya. DIA telah menjadikan apa yang ada di langit dan di bumi ini mempunyai saling kaitan antara satu dengan yang lain.
NOTA SISIPAN: Orang kata, kalau tapak tangan ‘kanan’ gatal bermakna duit akan masuk. Kalau tapak tangan ‘kiri’ pula yang gatal, duit akan keluar. Tetapi, keadaanku juga berbeza untuk perkara ini. Kalau tapak tangan kiriku yang gatal, barulah memberi petanda bahawa aku akan menerima wang daripada mana-mana sumber. Pelik tapi benar…






Uih… iyakah…??? kat rumah saya ada macam2 jenis semut yang datang… macam2 warna ada… hehe… bukan setakat semut… kadang2 siap ada kerengga lagi…
Dyanx>
Iya bah
Aik macam-macam warna? Macam warna pelangi eh? Alamak, kalau ada kerengga… bahaya tu. Kerengga gigit sakit ooo…
salam kenal ezzza, balik berkunjung ye
tukeran link yuk
semut-semutan ghitewww.. salamm akak ezza tewww
Semua ketentuan dr Allah…
Ting..Hehe..
Aper pun, moga sentiasa dalam rahmat Allah..
Ida br lepas habis show…Ida pegang wtak Teja…
Best sgt kak…
biler nak dtg Penang?
Salam
(“,)
hehehe…
benar…
rumahku ada kerengga saja…
byk lg…
sEmut itam jarang…
kalu tErnak mcm mnE…
haha
Salam ziarah buat puteri eza..saya menemui laman ini pada pagi tadi ronda habis blogger orang2 kgau.. jumpa lah blog u. Nice blog..ada perkongsian ilmu tau! namun mengapa nak tutup kedai, maksud saya blog u mahu ditutup?
Klau Kupu2 Singgah kat lengan apa plk ceritanya?
banyak kali jadi..
tp..
kerapkali aku jumpa awek2 baru..
wallahualam..
entah lah.. kat bilikku di pejabat ni, ada sudut kat dinding ni ada sarang semut. dah dikikis buang, tapi dia buat lagi tebal pulak. semut hitam saiz sederhana tu. bertepek ‘line’ memanjag warna macam daun inai yang ditumbuk geli pun ada nengoknye.. ingat nak buang..
[...] Ramadhan datang lagi. … Pelik tapi benar, bagaimana ramai orang sanggup menahan makan dan …Pelik Tapi Benar | Puteri EzzaKaitan antara semut dengan rezeki manusia. Pelik tetapi benar.Pelik Tapi Benar: Sotong Misteri | [...]