CUTI SEKOLAH: Yang Seronok, Yang Hampa… (Bahagian 2)

Filed Under (Keluarga, Peribadi, Suka-suka) by PuteriEzza on 18-06-2009

Tagged Under : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Entri ini merupakan kesinambungan daripada entri di Bahagian 1.

III

Semasa cuti baru-baru ini juga, Saudara Hassan Haji Saprin, seorang Tokoh Teater Negeri Sabah, yang bergiat aktif dalam persada teater tanah air, telah menghubungi dan mengundangku untuk menyertai sesi uji bakat bagi mencari barisan pelakon dan tenaga produksi ‘Teater Perdana: Sang Maharaja‘ yang akan berlangsung di Tawau pada Oktober nanti, insyaAllah.

Untuk tidak menghampakan dan sebagai tanda sokongan, aku yang pada ketika itu berada di Kunak (dan baharu beberapa hari kembali dari Tawau dan dihantar balik dengan linangan air mata oleh Putra tercinta), akhirnya  ke Tawau lagi bagi menghadiri sesi uji bakat tersebut. Lokasinya di Bilik Mesyuarat Pejabat Umno, Tawau.

Walaupun teater bukanlah satu perkara baru buat diriku, namun uji bakat ini tetap memberi debaran. Inilah kali pertama aku bergiat dalam persada teater di luar daripada kawasan Pantai Barat Sabah serta di luar daripada lingkungan kumpulan teater yang dikendalikan oleh ahli keluarga sendiri dan keluarga ’seperjuangan’ di Pantai Barat Sabah.

Kebetulan, barisan pelakon sedia ada yang bernaung di bawah Rumpun Seni Budaya Tawau (Rusta) atau Badan Bahasa dan Sastera Tawau, sememangnya hebat-hebat belaka.

Aku tidak menaruh harapan tinggi untuk tersenarai sebagai salah seorang pelakon. Kalaupun menjadi pelakon, mungkin cuma sebagai pelakon sampingan sahaja. Aku hanya ingin bertindak sebagai tenaga produksi untuk Teater Perdana ini, kerana kekuatanku lebih kepada kerja-kerja di belakang tabir :-)

Sesi uji bakat ini bermula dengan taklimat ringkas, ujian bertulis dan minum pagi. Kemudian, barulah semua calon pelakon dan tenaga produksi diuji. Aku menjadi orang pertama yang dipilih untuk diuji. Ayahanda Hassan Haji Saprin menetapkan watak dua wanita utama dalam pementasan ini sebagai ‘ujian’ kepadaku.

Kesemua orang yang hadir bersilih ganti keluar masuk ke ruang ujian. Setelah selesai kesemuanya, kami dipanggil semula untuk taklimat penutup dan keputusan uji bakat. Boleh dikatakan kesemua yang hadir lulus dalam ujian ini. Ada yang dipilih memegang teraju utama, ada yang jadi pelakon sampingan, ada yang jadi penari, dan berbagai-bagai lagi. Tidak kiralah sekecil mana sekalipun watak yang dipegang, walau hanya berdiri kaku tanpa suara di pentas, semuanya memainkan peranan yang cukup besar bagi memastikan kejayaan pementasan ini.

Aku diberikan skrip lebih awal bagi membolehkan aku berlatih sendiri dahulu di rumah, memandangkan aku tidak bermastautin di Tawau. Lebih kurang sebulan sebelum pementasan, barulah aku akan berkampung di Tawau dan menjalani latihan intensif bersama-sama pelakon yang lain. Terima kasih kepada ayahanda Hassan Haji Saprin, serta kekanda-kekanda yang lain kerana memberi kepercayaan dan yakin dengan sedikit bakat yang ada dalam diri ini.

Seperti biasa, sebaik sahaja bersurai… ‘Putra’ setia menemani sehinggalah tiba masa untuk aku pulang ke Kunak. Kali ini aku berulang alik pada hari yang sama. Bertolak seawal pagi, dan balik pada lewat petang.

Terima kasih kepada ‘Putra’ tersayang kerana sentiasa meluangkan masa untuk menemani dan memberi restu untuk aku melibatkan diri dalam pementasan besar ini.

IV

Alhamdulillah, kedua-dua adik kesayanganku Putera Rezza dan Puteri Zahirah sudahpun menamatkan pengajian masing-masing. Putera Rezza yang baharu sahaja selesai menyempurnakan istiadat konvekesyennya kini sedang menjalani kursus di sebuah akademi di Kuala Lumpur sebelum diserap ke sebuah organisasi sebagai salah seorang kakitangannya.

Aku tidak dapat hadir sama semasa Konvokesyennya. Hanya bonda (mummy) dan Puteri Zahira yang hadir.

Manakala, Puteri Zahira pula kini dalam proses akhir menamatkan pengajiannya dan sudah hampir sebulan menjalani praktikal di salah sebuah institusi kewangan di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, dengan kesusahan dan kepayahan… akhirnya adik-adikku ini dapat juga menimba ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk masa hadapan mereka.

Nampaknya, aku dan bonda sudah boleh bernafas lega. Ringan sedikit tanggungjawab selepas ini.

Semoga adik-adik kesayanganku ini dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari itu sebaik-baiknya dan  berjaya mengecapi impian dalam bidang masing-masing.

Ini bermakna, elaun bulanan masing-masing sudah boleh ditamatkan, kan? Hahaha… Selamat poket aku :P

Bookmark and Share

Entri Berkaitan

Comments

Post a comment

Mukaddimah

Info Projek Amal Bloggers Go Charity.

---

Untuk paparan yang lebih baik, sila kunjungi Laman Warna Warni Kehidupan ini menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome

Selamat datang ke laman Warna-warni Kehidupan Puteri Ezza, seorang puteri kelahiran Negeri Sabah di Bawah Bayu, yang menjadi penyambung perjuangan tertunda seorang bapa. Seorang hamba Allah yang hina, seorang insan yang hidup sederhana, seorang guru, seorang anak seni, seorang penulis bebas, seorang usahawan kecil-kecilan dan seorang pemerhati yang kerdil terhadap perkembangan politik dunia. Juga seorang politikus neutral yang mencintai keharmonian. Meyakini bahawa setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuanNya yang Maha Esa.

---

Iklan Maya

---

---

---

Laman Keluarga

---

---

---

---

---