CUTI SEKOLAH: Yang Seronok, Yang Hampa… (Bahagian 1)

Filed Under (Peribadi) by PuteriEzza on 15-06-2009

Tagged Under : , , , , , , , ,

Puteri @ Promenade Hotel

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Selamat bertemu kembali. Nampaknya agak lama juga laman ini bercuti ya. Puteri Ezza bercuti sekolah, laman ini turut sama bercuti. Banyak perkara yang perlu diberi tumpuan sepanjang cuti sekolah yang lalu, membuatkan aku terpaksa mengabaikan laman ini buat seketika.

Walaupun cuti sekolah yang lalu agak panjang, iaitu selama dua minggu, namun aku cuma dapat cuti ‘berkualiti’ (cuti yang benar-benar indah dan menyeronokkan) cuma lebih kurang seminggu sahaja. Sungguh menghampakan. Malah, aku tidak sempat pun pulang ke teratak di Kota Kinabalu. Cuma menghabiskan masa di Kunak dan Tawau.

Apa yang seronok dan apa yang hampa? Untuk bahagian yang pertama ini, aku ceritakan yang seronok-seronok dululah ya. Antara perkara menyeronokkan yang berlaku semasa cuti baru-baru ini, ialah:

1) Dapat meluangkan masa bersama ‘orang tersayang’ dan keluarganya walaupun untuk jangka waktu yang terlalu singkat
2) Dapat menjejakkan kaki ke beberapa tempat yang belum pernah aku jejaki di Tawau walaupun sering berkunjung ke daerah jiran tersebut
3) Diundang khas untuk sesi uji bakat Teater Perdana yang bakal diadakan di Tawau dan akhirnya tersenarai sebagai pelakon yang memegang watak utama (walaupun bukan heroin, hikhik)
4) Adik-adik tamat pengajian

Aku huraikan satu persatu ketiga-tiga perkara itu ya.

I
Walaupun cuti sekolah baru-baru ini aku tidak dapat pulang ke Kota Kinabalu untuk bersama-sama keluargaku di sana kerana kekangan masa, aku berkesempatan meluangkan masa untuk ‘dia’ dan keluarganya yang berada di Tawau. Aku rasa gembira dan bahagia yang teramat sangat kerana pertemuan ini merupakan yang pertama antara aku dan sebahagian kecil ahli keluarganya. ‘Dia’ memang tidak memiliki sebuah keluarga yang besar. Cuma ada beberapa orang sahaja. Walaupun hanya berkesempatan untuk mendekati sebahagian kecil daripada bilangan yang ‘cuma beberapa orang’ itu, ia sudah cukup memberikan makna yang sungguh mendalam kepada diriku.

Keluarganya menyambut dan melayan kehadiranku dengan cukup baik. Aku berasa sungguh disayangi dan dihargai, malah terasa bahagia yang teramat sangat. Kami sempat masak bersama-sama, makan bersama-sama, cuci pinggan bersama-sama, jalan bersama-sama, dan melakukan beberapa perkara lain lagi bersama-sama.

Namun demikian, aku tetap bersedih kerana tidak berkesempatan menemui ayah dan ibunya kerana mereka sudah lama pulang ke pangkuan Allah Ta’ala. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah dan ibu (juga kepada arwah abahku yang aku kasihi), seterusnya menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Lebih mengharukan dan menyedihkan apabila pada saat aku perlu balik ke Kunak, ‘dia’ menghantar aku dengan linangan air mata. Ketulusan, keikhlasan dan kasih sayangnya terserlah di situ. (Sebenarnya, kesemuanya itu turut terserlah pada tindakan-tindakannya yang lain. Tapi, detik ‘dia menitiskan air mata’ merupakan detik yang paling menyentuh jiwa untukku).

Tidakkah anda rasa terharu dan sebak, apabila seorang lelaki macho, segak, berwibawa dan terkenal dengan ketabahan hati akhirnya menitiskan air mata untuk wanita yang dicintai pada saat berpisah untuk seketika?
Tergamakkah anda melukakan hati lelaki yang sangat menyayangi anda sehingga sanggup menitiskan air matanya untuk anda?
Tergamakkah anda menodai ketulusan dan keikhlasan lelaki yang mencintai serta menerima anda seadanya dengan mencuranginya?

Aku tidak tergamak. Sebolehnya, aku berusaha untuk tidak melukai hatinya walau sedikit pun. Dia cukup baik. Dia bagaikan satu ‘anugerah’ Allah untukku. Aku berharap sangat semoga kegembiraan dan kebahagiaan yang aku lalui ini akan berkekalan sehingga ke akhir usia ‘kami’.

P/S: Mohon maaf, gambar-gambar untuk detik I ini tidak dapat aku paparkan di sini.

II
Selalunya, apabila ke Tawau, aku hanya akan berada di tengah-tengah Bandar Tawau. Jarang benar berada di luar Pusat Bandar Tawau. Paling jauh pun hanya ke Tawau FM. Selebihnya, aku hanya menginap dan berjalan-jalan benar-benar di Pusat Bandar Tawau.

Untuk cuti pada kali ini aku sudah tidak lagi menginap di hotel-hotel yang biasa aku kunjungi. Rumah keduaku di Taman Raja juga sudah tidak pernah aku kunjungi lagi (Ehem… kalau nak aku datang ke Taman Raja, sila bagi diskaun 70% ya Tuan Besar. Kalau boleh bagi percuma lagi bagus, hehe).

Lobi Hotel

Bilik

(Kredit foto kepada: Hotel Promenade)

Aku sudah berubah arah ke Hotel Promenade (HP) yang baharu sahaja dibuka di bangunan Eastern Plaza Tawau dan juga di Kuhara Court Apartment Suite (KCAS) yang terletak berjiran dengan HP.

Kuhara Court Apartment Suite

(Kredit foto kepada Maslight.blogspot.com)

HP tu mahal, tapi memang berbaloi dengan kualitinya. KCAS tu pula lebih kurang sama dengan Api-Api Apartment (AAA) yang terletak di Kota Kinabalu. Cuma, pengurusan KCAS jauh lebih baik daripada AAA (maaf ya AAA), lebih tenang (sebab tidak terletak di tengah-tengah bandar), lebih tinggi dan ada kolam renang. Malah KCAS lebih selamat sebab tidak terletak terlalu dekat dengan jalan raya utama. Jadi kepada mereka yang bercuti sambil membawa anak-anak kecil tu tidaklah terlalu bimbang. Anda boleh membiarkan anak-anak anda bermain-main di kawasan apartment dengan selamat. Malah boleh membiarkan mereka berenang-renang di kolam yang disediakan.

Aku bermalam di HP dan KCAS ni bukan sekadar untuk suka-suka, tetapi ada agenda tersembunyi di sebaliknya. Jadi sebelum boleh melaksanakan apa yang telah dirancang, kenalah tengok dulu kondisi kedua-duanya kan. Nak tahu apa dia yang ingin aku lakukan? Tungguuuuuu… :-) Akan ada review khas yang lebih terperinci mengenai kedua-dua tempat ini nanti.

Kemudian aku juga dah sampai ke Tanjung Batu, dah sampai ke Kampung Jawa (dulu pernah pergi kampung ni, tapi kunjungan pada kali ini lebih terperinci), dah sampai ke mana lagi ya… hmm… lupalah. Hikhik.

Untuk perkara III dan IV, bersambung di Bahagian 2.

Bookmark and Share

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan dengan Entri Ini

Comments

Post a comment

Mukaddimah

Info Projek Amal Bloggers Go Charity.

---

Untuk paparan yang lebih baik, sila kunjungi Laman Warna Warni Kehidupan ini menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome

Selamat datang ke laman Warna-warni Kehidupan Puteri Ezza, seorang puteri kelahiran Negeri Sabah di Bawah Bayu, yang menjadi penyambung perjuangan tertunda seorang bapa. Seorang hamba Allah yang hina, seorang insan yang hidup sederhana, seorang guru, seorang anak seni, seorang penulis bebas, seorang usahawan kecil-kecilan dan seorang pemerhati yang kerdil terhadap perkembangan politik dunia. Juga seorang politikus neutral yang mencintai keharmonian. Meyakini bahawa setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuanNya yang Maha Esa.

---

Iklan Maya

---

---

---

Laman Keluarga

---

---

---

---

---