Kotobian Tadau Kaamatan

Filed Under (Buli Ba Kalau Kau (BBKK), Keluarga, Perayaan, Peribadi, Suka-suka) by PuteriEzza on 22-05-2009

Tagged Under : , , , , , , , , ,

Acara kemuncak sambutan Pesta Menuai atau Pesta Kaamatan di Negeri Sabah Darus Saadah yang indah dan permai ini bakal tiba lebih kurang seminggu sahaja lagi. Seluruh rakyat yang meraikannya pasti sedang giat membuat persiapan. Begitu juga dengan ahli keluarga.

Ahli keluarga? Hikhik, iya… ahli keluargalah :-) Kepada rakan-rakan yang sudah ‘lama’ mengenali diri Puteri Ezza  pasti tahu bahawa sebahagian darah yang mengalir di dalam tubuh ini adalah darah yang diwarisi daripada nenek moyang yang berketurunan Dusun.

Atas dasar itulah, apabila tiba sahaja perayaan ini, aku turut tidak ketinggalan untuk memeriahkannya dan teruja mengucapkan ungkapan keramat “Kotobian Tadau Kaamatan”.

Sempena Kaamatan pada tahun ini, aku ingin menujukan kad ucapan selamat yang tertera di atas (dan beberapa lagi yang akan dipaparkan di bawah), kepada semua pengunjung Puteriezza.com, sebagai tanda ingatan dan persahabatan yang tidak berpenghujung.

Untuk makluman, gambar-gambar yang dipaparkan pada entri ini adalah hasil kreativiti seni fotografi sepupu tersayang, Noorhayati Hussin (Kak Ti) dan rakan blog yang juga seorang abang, Indra Shahril (Along). Kerana mengagumi bakat dan minat mereka yang mendalam dalam bidang seni fotografi, maka aku memindahkan sebahagian besar gambar dari album Facebook mereka untuk tatapan para pengunjung blog ini. (Sila klik nama-nama mereka untuk ke halaman Facebook yang mereka miliki, atau anda juga boleh berkunjung ke blog Indra Shahril (Along) di sini.

Klik pautan-pautan di bawah untuk lebih banyak gambar.

Gambar 1 | Gambar 2 | Gambar 3

Bagaimana? Cantik sungguh gambar-gambar yang terhasil daripada lensa kamera mereka, kan? Haaa, nampaknya selepasnya Kak Ti dan Along bolehlah buat bisnes fotografi :-)

Oh, ya… dah terlanjur menaip entri ni, aku teringinlah juga nak ceritakan satu perkara yang menarik. Hikhik. Tadi kannn… ‘Putra’ tersayang ada singgah ke teratak Puteri di desa permai ni, ketika dalam perjalanan balik dari Lahad Datu ke Tawau.  Ini kali pertama ‘dia’ menjejakkan kaki ke teratak ini dengan diiringi tiga orang rakan.

Hati Puteri sungguh gembira kerana hajat tercapai memasak sendiri untuk santapan ‘Putra’ tersayang (walaupun tak sedap dan ala kadar sahaja) serta dapat meluangkan masa bersama-sama walaupun sekejap.

‘Putra’ juga telah membawa ‘hadiah’ yang sungguh istimewa. Ini dia ‘hadiah’ yang dimaksudkan tu:

Taraaaa… :-) Terima kasih, sayang! (Susah-susah aja tau. Huhu)

Sebenarnya ada lagi hadiah lain yang ‘Putra’ berikan. Antaranya yang ini:

Sebagai ‘persiapan’ menempuhi ‘alam baharu’. Hikhik. Sila klik gambar tersebut untuk mengetahui isi kandungan ‘hadiah’ istimewa ini.

Dan, errrr… alamak!!! hadiah-hadiah lain tu tak boleh dipaparkan di sini kerana ‘tiada’ gambar mengenainya. Lalala :P

Apapun, terima kasih banyak ya buat ‘Putra’ tersayang.

NOTA SISIPAN: Alamak, macam mana boleh kantoi tengah menggeletar ni… :P

Bookmark and Share

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan dengan Entri Ini

Comments

Post a comment

Mukaddimah

Info Projek Amal Bloggers Go Charity.

---

Untuk paparan yang lebih baik, sila kunjungi Laman Warna Warni Kehidupan ini menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome

Selamat datang ke laman Warna-warni Kehidupan Puteri Ezza, seorang puteri kelahiran Negeri Sabah di Bawah Bayu, yang menjadi penyambung perjuangan tertunda seorang bapa. Seorang hamba Allah yang hina, seorang insan yang hidup sederhana, seorang guru, seorang anak seni, seorang penulis bebas, seorang usahawan kecil-kecilan dan seorang pemerhati yang kerdil terhadap perkembangan politik dunia. Juga seorang politikus neutral yang mencintai keharmonian. Meyakini bahawa setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuanNya yang Maha Esa.

---

Iklan Maya

---

---

---

Laman Keluarga

---

---

---

---

---