Sahut Cabaran Puteri! Ada Berani?
Filed Under (Buli Ba Kalau Kau (BBKK), Iklaneka, Peribadi, Umum) by PuteriEzza on 20-05-2009
Tagged Under : Add new tag, Internet Marketer, Kerja dari Rumah, Kerja Kosong Pendapatan Lumayan, Modal Sifar, Peluang kerjaya lumayan, Peluang Pekerjaan, Pendapatan Lumayan, SEO, Value Bux
Cakkkk!!! Apa khabar pengunjung-pengunjung PuteriEzza.com pada hari ini? Semoga dalam keadaan ceria dan sihat walafiat hendaknya ya
Tertarik dengan gambar pembuka? Pasti ada yang tertanya-tanya, apakah agaknya yang ingin dicabar oleh Puteri Ezza dan apa kaitannya dengan gambar di atas, kan?
Sebenarnya ‘Cabaran’ ini dibawakan khas oleh ‘Dirgahayu Putra dan Puteri Online Biz’ (dulu Dirgahayu Puteri Online Biz), bersama ValueBux dan Celcom, khas untuk rakan-rakan serta para pengunjung yang dikasihi.
‘Kami’ ingin memberikan cabaran kepada anda yang berani untuk menyahutnya dan kami sediakan beberapa hadiah menarik untuk anda. Hadiah utamanya sudah pastilah apa yang anda lihat pada gambar di atas, iaitu seunit Modem USB Jalur Lebar Celcom (Celcom Broadband USB Modem) dan Kad Sim Prabayar Jalur Lebar Celcom (Celcom Broadband Prepaid Sim).
Cabaran apakah yang dimaksudkan ini? Cabaran ini ‘kami’ namakan sebagai ‘Cabaran 100 dalam 5′.
Cabarannya mudah sahaja, iaitu mendapatkan minimum 100 orang rakan untuk program Affiliates ValueBux ‘anda’ dalam masa lima hari, dan mendaftar di bawah hierarki anda. Cabaran ini adalah ‘Modal Sifar’ kerana tiada sebarang wang ringgit yang perlu anda keluarkan, melainkan pengorbanan masa dan kesungguhan.
Baiklah… sekarang Puteri Ezza jelaskan apakah yang seharusnya anda lakukan:
1. Persiapkan diri anda untuk menyertai pasukan Putra & Puteri. (Khidmat nasihat dan bimbingan akan diberikan kepada anda oleh ‘kami’ untuk berjaya dalam program ini).
2. Klik pada banner di bawah ini untuk mula mendaftar akaun affiliates bersama Value Bux. Sebelum mendaftar di Value Bux, pastikan anda sudah memiliki akaun virtual PayPal terlebih dahulu bagi membolehkan pihak Value Bux membuat pembayaran kepada anda nanti. Jika belum miliki akaun PayPal, sila daftar dulu di sini sebelum anda meneruskan pendaftaran di Value Bux melalui banner di bawah.
Peringatan penting: Pastikan anda mendaftar menggunakan banner yang disediakan di atas dengan nama Puteriezza pada penghujung URL. Sila semak dengan teliti ya, kerana ia penting bagi memastikan anda sah menyertai cabaran ini.
3. Isi maklumat-maklumat penting yang diperlukan semasa pendaftaran di Value Bux. Setelah berjaya, dapatkan pautan atau link affiliates anda pada ruangan Referring Tools.
4. Anda sudah boleh mempromosikan pautan atau link tersebut sama ada di blog, laman web, Tagged, Friendster, Facebook, menerusi e-mel atau di mana-mana sahaja yang anda mahukan.
5. Setelah itu (setelah berjaya mendaftar), jangan lupa laporkan penyertaan anda pada ruangan komen di bawah ini, atau menerusi e-mel ke dirgahayuputeri(at)live(dot)com(dot)my, supaya ‘kami’ boleh memantau perjalanan anda dalam menyahut cabaran ini. (Sila gunakan e-mel yang sah ketika meninggalkan komen supaya ‘kami’ boleh menghubungi anda semula).
Bagaimana? Anda sanggup menyahut cabaran?
Jika anda sanggup menyahut cabaran ini dan berjaya melakukannya dalam lima hari sahaja, hadiah yang ditunjukkan di dalam gambar itu pasti menjadi milik anda. Hanya untuk akaun referrals yang ‘pertama’ mencecah angka 100. Seronok, kan?
‘Kami’ juga menyediakan 3 x HADIAH MISTERI untuk anda yang berjaya memiliki 50 referrals dalam masa lima hari. Yang pastinya, HADIAH MISTERI itu bukan Celcom Broadband dan Sim Pack yang dinyatakan di atas ya. Itu hanya untuk cabaran 100 referrals sahaja.
Jika tiada yang berjaya menyempurnakan cabaran dalam masa lima hari, ‘kami’ akan mempertimbangkan untuk memberikan hadiah utama itu kepada sesiapa sahaja yang pertama memperoleh 100 referrals.
Jangan lepaskan peluang ini ya. Daftar dengan segera kerana kejayaan tidak akan berpihak kepada anda yang gemar melengahkan masa dan melepaskan peluang yang ada di hadapan mata. Kiraan ‘lima hari tersebut’ akan bermula tepat pukul 12.01 tengah malam (21 Mei 2009). Jika anda mendaftar lebih awal daripada itu lebih baik.
‘Kami’ bukan sekadar mencabar anda, tetapi turut membantu anda mendapatkan ’sesuatu’ hasil daripada penjelajahan anda di alam siber.
– WE SHARE BECAUSE WE CARE –








alaaaaa…. saya ni sibuk jerr memanjang, mana sempat nak cari 100 org tu… 100 org dlm 10 hari pun tak sempat tau… bagi cabaran yg senang2 sikit lah… hahahah
BANG CHIME>
Hikhik. Belum cuba belum tau…
Bang Chime boleh promote offline gak…
klu x dak paypal camner????
MATJU @ PAUH>
Adik kena register PayPal dulu. Jangan bimbang, percuma je.
aiseyman..tang kena carik org yg lemah tu. eheh
alamak camna leh jd wiweenaw lak nih. ekkeke
dah register tp mintak no credit card plak…..
(
Kak Ezza,
Macam Bb nda faham…
Jadi tukang sorak ja la….
huhu.. payah tu nak rekrut orang… korang suma masuk bawah aku.. kalu aku dpt aku belanja korang.. hehe
akan dicuba sedaya upaya
sayangnye ku mao exam
huhuk
sedeyyy
Broadband tu di beri percumalah sekarang.
Promosi untuk orang-orang gov..
tiap bulan bayar line pun 50 hinggit jew (Sebelum ni 98 hinggit)…
kalau apply line broadband tu dia bagi free je…
cuma bayar infront 100 je…kan putri..kan…kan…
Wiweenaw (Hehe)>
Ween, tak cari pun tak apa. Pacak je kat blog. Tentu ada yang akan click. Tapi lambat sikitlah berbanding jika Ween promote
Adik Matju@Pauh>
Dik, tak guna kad kredit pun tak apa. Nanti ‘Putra’ akak bagitau cara-cara nak verify PayPal tu ye.
Adik Bibie Cayang>
Alaaaa, tak meriahlah kalau Bibie tak join. Uwaaaaaaaaa… :’(
Anuar sahabat Puteri>
Alaaa, tak susah mana pun. Biar lambat asal selamat. Join ye…
Don>
Hikhik. Iya… usaha tangga kejayaan ya
Joegrimjow>
Tak apa. Selepas exam nanti boleh cuba
SkyJuice>
Hikhik. Memang ada yang percuma. Tapi untuk cabaran ini kami tidak menggunakan Broadband yang dipromosikan untuk kakitangan kerajaan. Ini khas daripada rakan penaja Dirgahayu Putra dan Puteri Online Biz, khusus untuk para pengunjung laman web Puteriezza.com yang dikasihi
Untuk ini, tak perlu bimbang jika nama telah disenaraihitam oleh Celcom yang tidak memungkinkan anda mendaftar pek Pascabayar Jalur Lebar Celcom.
haii.. salam hangat dari Yogyakarta..^_^ senang berkenalan dengan mu..! kuharap kamu mau balik berkunjung di web ku.
salam untuk semua teman-teman disana..^_^
Hi, good post. I have been wondering about this issue,so thanks for posting.
Salam put3, asal sia kol x angkat? Mau tanya pasal Api2 apartment tu…family sia mau dtg KK bln 7 ni…utk majlis pertunangan sia…dalam 8-10 org camtu…tgh cari2 penginapan tuk diorg…
tlg reply email cikgu ezza ya…penting ni
Blogtutorial>
Hai. Salam hangat juga dari Malaysia. Terima kasih atas kunjungannya ke sini. InsyaAllah, nanti saya berkunjung balas ya
Salam persahabatan!
AndrewBoldman>
Thank you, sir!
Lukman>
Maaf Lukman. Apartment saya tu dah ditempah penuh lebih awal sehingga awal Oktober.
Zikri Luqman>
Saya dah balas menerusi ruang komen CUTI SEKOLAH: Yang Seronok, Yang Hampa… (Bahagian 1).