Selamat Hari Guru

Filed Under (Perayaan, Peribadi, Suka-suka, Umum) by PuteriEzza on 16-05-2009

Tagged Under : , , , , , , , , , , , , ,

Selamat Hari Guru diucapkan buat semua pendidik yang ada di dunia ini. Semoga kita semua akan terus mendidik dengan penuh cemerlang. Kejayaan mendidik dalam erti kata yang sebenar bukanlah ‘hanya’ menjadikan anak-anak murid kita ‘pandai’, tetapi tahu bagaimana untuk memanfaatkan ilmu yang ada dalam diri mereka.

Sempena Hari Guru pada tahun ini, aku telah menerima banyak ucapan dan kad ucapan maya daripada ‘orang tersayang’ dan rakan-rakan yang budiman. Berikut ini merupakan kad ucapan pertama yang diterima, yang datangnya daripada seseorang yang sungguh ‘istimewa‘ dalam hidup Puteri Ezza.

Kepada rakan-rakan pendidik yang berkunjung ke blog ini, dipersilakan untuk menerima kad di atas, tulus ikhlas daripada PuteriEzza.com :-) Terima kasih kepada designer yang ‘istimewa’ itu kerana bersusah payah menyediakan kad istimewa ini. (Kad ini telah dijadikan salah satu daripada koleksi kad pada ruangan ‘tag’ di www.tagged.com. Sebab itulah kad ini disediakan dalam saiz yang comel, bagi membolehkan ia dimasukkan ke dalam ruangan ‘tag’ yang dimaksudkan itu). Terima kasih juga atas ‘hadiah-hadiah’ lain yang diberikan. Memang istimewa sangat tau. Terharu…

Di bawah ini pula kad-kad tambahan yang diterima daripada rakan-rakan:

Daripada Along (Indra Shahril) – SK Pekan 2, Ranau. (Klik pada nama Along untuk ke blog beliau).

Terima kasih banyak bro atas pemberian kad ini. Selepas ni bagi kad jemputan kahwin plak. Haha. Pak pak pak pak pum pum pum pum (bunyi kompang).

Yang ini pula datangnya daripada Abang Ichimera. Siap ada puisi lagi (dengan iringan muzik Love Story. Kalau nak dengar, silalah berkunjung ke blog Bang Chime – Klik kat nama dia tu). Hikhik.

Sepuntung Dian, Serangkai Intan…

Profesi ini…
Tetaplah terus menjadi inspirasi,
digemari dan diminati
meski di hadapan ternanti…
aneka cabaran yang menguji,
barangkali juga bertali-tali
menuntut ketulusan hati
agar segalanya nanti
berharga di sisi Ilahi
Semoga DIA akan membalasi… dengan ganjaran yang tinggi.

Profesi ini…
tetaplah terus disanjung dan dihargai
kerana kita mengerti
bahawa jasa, pengorbanan dan bakti
yang telah mereka taburi
banyaknya tiada terperi
bukan ringgit warisan budi
membentuk warisan generasi
agar segak berdiri… dihiasi sahsiah dan jati diri.

Profesi ini…
tetaplah terus disayangi, dicintai dan dikasihi
kerana kita sebenarnya mengakui
merekalah yang banyak memberi
sedangkan sedikit dibalasi
mereka juga sering dilibati
jika krisis moral generasi
semakin menjadi-jadi
sedangkan senario terkini
yang disebut globalisasi
banyak mencorak mempengaruhi
menyumbang nilai-nilai tidak murni
justeru kita juga harus fahami
dan bersama mengawasi
kerana tugas ini… tanggungjawab setiap diri.

Profesi ini…
Tetaplah terus dikagumi dan dihormati
kerana kita menyedari
hakikatnya mereka adalah nadi
di dalam tubuh pertiwi
menjana bangsa bermula dari umbi
kerana…
bukankan sebelum mencecahkan kaki ke tangga universiti
atau berpenat meraih rezeki
awalnya perlu dahulu mengenal A, B, C
atau alif, ba, ta, – huruf-huruf jawi
perlu pandai mengira, mencampur, darab, tolak dan bahagi
di samping tidak melupai
didikan berakhlak terpuji
membentuk peribadi berbudi pekerti
kerana…
walaupun tamadun melangit tinggi
andai akhlak menyapu bumi
sedikit pun tidak beerti

Profesi ini…
tetaplah terus dibanggai dan disyukuri
hingga tersemai keinsafan di dalam hati
bahawa mereka yang berada di bidang ini
sungguh beruntung sekali
ilmu dan tunjuk ajar diberi
semoga menjadi jariah selepas mati
bukankah di sana nanti
segala-galanya tidak berguna lagi
selain iman dan amal bakti……..

Sesungguhnya bukan sebarang jasa…
Seorang Insan bergelar GURU

- Chimera 2009 -

Terima kasih banyak ya Bang Chime :-)

Kad ini pula datangnya daripada Adik Zahira. Bukan Puteri Zahira adik kandungku itu ya. Ni adik Zahira kenalan baru.

Errr, ada lagi yang nak bagi kad tak? Hehe :)

Oh, ya! Ceritaku tentang Hari Guru belum tamat di sini ya. Mungkin akan ada lagi yang menyusul selepas ini sebab sekolah tempat aku mencurahkan bakti belum lagi mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. InsyaAllah, ia akan diadakan pada minggu hadapan. Pastinya semasa majlis ini nanti akan ada peristiwa-peristiwa menarik yang boleh dikongsikan bersama anda semua.

Teruskan mengunjungi PuteriEzza.com. Salam sayang…

Bookmark and Share

Entri Berkaitan

Comments

Post a comment

Mukaddimah

Info Projek Amal Bloggers Go Charity.

---

Untuk paparan yang lebih baik, sila kunjungi Laman Warna Warni Kehidupan ini menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome

Selamat datang ke laman Warna-warni Kehidupan Puteri Ezza, seorang puteri kelahiran Negeri Sabah di Bawah Bayu, yang menjadi penyambung perjuangan tertunda seorang bapa. Seorang hamba Allah yang hina, seorang insan yang hidup sederhana, seorang guru, seorang anak seni, seorang penulis bebas, seorang usahawan kecil-kecilan dan seorang pemerhati yang kerdil terhadap perkembangan politik dunia. Juga seorang politikus neutral yang mencintai keharmonian. Meyakini bahawa setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuanNya yang Maha Esa.

---

Iklan Maya

---

---

---

Laman Keluarga

---

---

---

---

---