Sotong Misteri Pada Ulang Tahun Bonda
Filed Under (Keluarga, Perayaan, Peribadi, Suka-suka) by PuteriEzza on 15-05-2009
Tagged Under : Ar-Rajhi Bank, Birthday Wishes, Bukti Kekuasaan Allah, DJ Azian, Gambar Pelik Tapi Benar, Jawatan Kosong, Jawatan Kosong di Ar-Rajhi Bank, Jawatan Kosong di Bank, Kisah Pelik Tapi Benar, Misteri Nusantara, Radio Televisyen Malaysia, Sotong Ajaib, Sotong Misteri, Tawau FM, TawauFM, Ucapan Selamat Ulang Tahun

Hari ini, 15 Mei 2009 genaplah usia ‘mummy‘ (bonda) 55 tahun. Satu usia yang cukup matang dan ranum dalam menempuhi kehidupan yang penuh pancaroba. Sebagai anak, kami empat beradik telah berkongsi wang ringgit untuk menghadiahkan sesuatu kepada mummy. Semuanya itu diuruskan oleh adinda bongsu (Puteri Zahira) memandangkan hanya dia sahaja yang berada di Kota Kinabalu bersama-sama mummy pada waktu ini.
Putera Rizal sedang bertugas di Sarawak, aku di Kunak, manakala Putera Rezza baharu sahaja bertolak ke Kuala Lumpur lebih kurang seminggu yang lalu kerana menerima tawaran kerja di sana (dan bersiap sedia untuk menghadapi hari Konvokesyennya tidak lama lagi).
Sehari selepas ulang tahun bonda, iaitu pada hari esok… Puteri Zahira pula akan berlepas ke Kuala Lumpur untuk menyempurnakan Latihan Industrinya dalam bidang Kewangan Islam di Ar-Rajhi Bank. Bermakna, selepas ini mummy akan bersendirian lagi di rumah. Kesian mummy. Nasib baiklah ‘Bonda D’ (adik bongsu mummy) dan keluarganya rajin bertandang dan bermalam di situ. Jadi, tidaklah mummy terasa sunyi sangat.
Untuk ulang tahun mummy pada kali ini, buat kesekian kalinya aku tidak dapat meraikan bersama-sama kerana tarikh 15 Mei tidak jatuh pada hari cuti sekolah. Walaupun begitu, aku sentiasa mendoakan semoga mummy panjang umur, murah rezeki (fulus, ‘menantu yang baik-baik’ (ehem!), ‘cucu yang comel-comel’ (ehem lagi!), dan rezeki-rezeki lain), diberikan kesihatan yang berpanjangan, gembira serta ceria selalu. Aku saaaaaaaaaaaaayang mummy sangat-sangat.
Oleh itu, Happy Birthday to You, Mummy! We love you so much.
Aku tak tahulah hadiah apa yang bakal Puteri Zahira dapatkan untuk mummy, namun yang pastinya kasih sayang kami terhadap mummy jauh lebih besar dan jauh lebih bernilai daripada hadiah itu. Begitu juga dengan kasih sayang dan pengorbanan mummy yang tidak ternilai sedikit pun oleh wang ringgit. Segunung emas dan selautan wang ringgit pun tidak mampu untuk membalas dan membayar jasa mummy.
Yang pastinya juga, aku tidak akan menghadiahkan ’sotong misteri’ kepada mummy seperti yang tertera pada tajuk entri itu ya. (Kalau bagi pun, confirm mummy tak mahu terima, hikhik).
Tajuk entri itu adalah berkaitan dengan e-mel yang dikirimkan oleh seorang rakan wartawan di RTM Tawau, Aziana Wahab. Terima kasih Azian kerana berkongsi gambar sotong misteri itu.
Inilah dia gambar sotong misteri yang aku maksudkan itu:


Aku sendiri tidak tahu di mana sotong ini dijumpai. Tidak pula dinyatakan di dalam e-mel tersebut. Gambar pun tidak diketahui diterima daripada siapa (kalau tahu, boleh aku kreditkan namanya di sini. Kepada tuan punya gambar, jika gambar-gambar ini milik anda, maklumkan kepada Puteri Ezza ya. Nama anda akan dikreditkan di sini).
Sotong tu macam makhluk asinglah. Pelik tapi benar!
NOTA SISIPAN: Oh, ya! Esok aku dan mummy juga akan menyambut ’satu hari yang bermakna’ lagi, iaitu ‘Hari Guru’. Selamat Hari Guru juga buat diriku dan mummy. Hikhik.






Kak Ezza,kalau sa yang jumpa sotong tu mungkin tgolek2 ketakutan sudah kali..hehe
Btw,Selamat Hari Lahir ‘mummy’…
Dan Selamat Hari Guru juga buat “mummy” & Kak Ezza….
slamat hari guru buat kak ezza dan semua guru² di malaysia..
sotong duyung namerrnyerr tewww.. ekeke
BIBIE>
Bukan Bibie jak. Kalau Kak Ezza pula yang nampak, ndak sempat tergolek… pengsan sudah kali. Haha.
Thanks sayang for the wishes. Sayang adik akak ni
ALONG>
Terima kasih Adik Along tersayang
EN_ME>
Aaaa? Sotong duyung?
Boleh jadi gak kannnz. Hikhik.
wew makhluk apakah itu?? hehehe
sotong sejenis cumi2 kah
hikhikhik…salam kak…samat ari guru…
nsb baik jumpa balik blog akk ni..kalo x, tak tau la…eceli xora tkar layout ritu..lupa nk save link2 blog…hbs ilang…ni pn, ternmpk akk dkt cikgu jinggo punyer blog..thnks GOD…
akk, doakn xora berjaya..nnt 27hb ade intebiu…d mktab gaya..
aku tahu, bahasa dinegerimu banyak yang aneh buatku, begitu juga sebaliknya tentunya…, seperti kata ‘mummy’, mungkin maksudnya momi, atau ibu? demikian juga kata ‘kad’, barangkali yang di maksud adalah card, atau kartu? atau itu hanya bahasa yang digunakan didalam blog, seperti kata ‘imil’ untuk kata e-mail atau ‘donlot’ untuk istilah download dan masih banyak lagi, begitukah putri? btw. apapun itu, akku tetap sukka…. he he he
GONDES>
Hikhik, Iya… kelihatannya seperti cumi-cumi, kan?
IXORA>
Wa’alaikumsalam dik Ixora cayang. Wah, lamanya kita lost contact, kan? Sekarang di mana? Masih di Sabahkah atau sudah balik kampung halaman? Rindu nak berkumpul beramai-ramai di rumah Ummi dan Tonini. InsyaAllah, ada kesempatan… kita berkampung lagi di sana ya. Kita huru-harakan rumah mereka. Haha.
Terima kasih sayang atas ucapan Hari Guru tu. Selamat Hari Guru juga buat Xora. Kan Xora pun bakal guru gak!
Good luck untuk interview tu. Keynya senang saja… yakin berhadapan dengan penemuduga itu. Mereka tu psiko jak lebih. Hikhik.
MAS BABEH>
Iya mas. Negeri kita punya perbezaan (perbedaan) bahasa. Maksud-maksud perkataan yang Mas Babeh terjemahkan itu semuanya tepat belaka. Nanti boleh (bisa) belajar lagi Bahasa Malaysia di sini. Sering-sering mampir ya…
huh!! dari mana la datang sotong tu… dari planet jupiter ke?? ekeke
TOPEK>
Hikhik. Rasanya bukan. Dari kayangan kot… Lalala
ni asalnya seorang lelaki lembut yg kene sumpah jd sotong..hehe..
Vale>
Hikhik. Ada-ada jak Vale ni. Vale, nanti saya kidnap gambar-gambar yang ada di blog Vale ya
arh?sotong ke alien tuh????takotnye
Deq Naz
Dua-dua sekali kot. Hikhik.
wah tuh cumi kok mirif gue ya!! heeeeeeeeee
betul ka?????????
tipu nie mcm x pecaya ja ????????
lagi gambar pelik-pelik disini http://y.ahoo.it/vypLdq