Pelik Tetapi Benar?
Filed Under (Peribadi, Suka-suka) by PuteriEzza on 12-05-2009
Tagged Under : Jeruk, Khasiat Jeruk Mangga, Kisah Pelik Tetapi Benar, Pelik Tetapi Benar?, Perniagaan Jeruk Beri Pulangan Lumayan, Teknik Memproses Jeruk Mangga

Selera makanku agak merudum sejak kebelakangan ini. Perut sering menangis-nangis minta diisi, tetapi mulut dan kerongkong enggan menerima. Aku berusaha menjamah sedikit makanan yang ‘berat’, namun sukar. Melainkan mendapat bantuan daripada benda-benda alah yang diisi ke dalam plastik-plastik kecil seperti yang tertera di dalam gambar di atas tu.
Gambar apa tu? Itulah yang dinamakan jeruk mangga. Isk, itupun tak tahu? Hikhik
Jadi, apa yang pelik dan apa yang benar? Yang peliknya, aku ni sebenarnya tidaklah gemar memakan benda-benda masam macam tu. Tak tahan. Aku makan cuma pada ‘musim-musim tertentu’ (sebulan sekali). Itupun dalam kuantiti yang sangat sedikit (sepotong dua).
Yang benarnya pula, sehari dua ni aku dapat pula memakan benda-benda masam itu dalam kuantiti yang agak banyak, terutama pada saat selera makanku berkurangan. Kebetulan, kantin menjualnya (khas untuk guru-guru sahaja).
Kelmarin, aku membeli tiga bungkus (sebungkus berharga 30 sen). Hari ni jumlahnya meningkat kepada lima bungkus. Sebelum-belum ni, aku tak berapa pandang pun segala macam jenis jeruk.
Jadi, beberapa hari kebelakangan ini, aku cuma boleh makan kuih, jeruk mangga dan minum Milo. Pelik tapi benar, kan? Hikhik.
Angkara apakah ini?
Errr… yang pastinya aku bukan mengandung ya. Jangan memandai-mandai memikirkan yang bukan-bukan. Hehe.






Hmmm… nak kata mengidam… tak juga… apa sebabnya ek…? pelik… memang pelik…
(Suka makan ‘dried mango’)
DYANX>
Ha’ah, tu la pasal. Blur gak ni. (Garu-garu kepala yang tak gatal)
(‘Dried mango’ manis, kan? Kalau manis, nanti boleh makan sama).
haha… baru mau ckp Ezza mengandung(joking) tgk2 terang2 kena ckp bukan mengandung. Lawak betul.
Time saya taip post ni, saya sudah dapat menjangka fikiran orang. Jadi, sebelum apa-apa terjadi, bagus buat akuan bersumpah dulu, kan… Haha…
Nanti kalau mengandung betul-betul, saya berguru dengan Sarah ya!
Terima kasih kerana sudi singgah kat suaraperubahan..2 la,lama tak dgr cite pasal ezza.Senyap je.Umno akan kekal selamanya za.Cuma Umno perlu d tranformasi untuk menarik kembali keyakinan orang melayu.Tapi za,pada khairul golongan pendidik perlu di tanamkan semangat cintakan Umno.Khairul selalu pesan pada wife khairul jangan lupa akan jasa Umno yang telah banyak berjasa pada orang melayu supaya setanding dengan bangsa lain.
KHAIRUL>
Sama-sama, Khairul. Ha’ah, dah lama gak saya menyepi ni. Sibuk sedikit. Banyak benda yang perlu disiapkan
Ya, betul kata Khairul tu… Kalau UMNO nak kekal, mereka perlu menjalani proses transformasi. Terus terang, saya sendiri sudah hilang keyakinan. Saya sudah tidak tahu mahu percaya kepada parti apa dan memilih parti yang mana. Kesimpulannya, saya lebih memilih berada di atas pagar walaupun sebahagian besar keluarga saya berada dalam UMNO.
Tidak akan lupa jasa UMNO, tetapi hati belum terbuka untuk memilih UMNO, serta mana-mana parti yang lain.
P/S: Bila nak balik Tawau dengan baby baru tu? Mesti baby tu dah tak sabar-sabar nak melihat kampung halamannya. Kalau balik nanti jangan lupa contact ya. Nak serbu rumah Yazleen. Hikhik.
Jangan mcm tu za.Kembalikan keyakinan tu pada UMNO.Kita di akar umbi nie sama2 kembali memperbetulkan UMNO..
Raya nanti khairul balik Tawau seminggu.Nanti jemput datang rumah kat Kg Muhibah.Khairul mesti bagi taw punya bila dah sampai sana.
Baby ok je.Yang x sabar dan rindu giler atuk n nenek dia.Maklum la,anak khairul cucu pertama n kedua dorg.
KHAIRUL>
InsyaAllah, Khairul… saya akan berusaha
Wah, memang dah plan nak balik Tawaulah ni? Bestnya. InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa aral, saya akan memenuhi undangan.
Khairul take care ya. Salam kat Yazleen dan anak-anak.