Lancar Bantuan Kepada Mangsa Kapal Kandas MT Nepline
Filed Under (Berita, Peribadi, Program Amal, Tawaukini, Tragedi, Umum) by PuteriEzza on 21-02-2009
Tagged Under : Bantuan Kepada Mangsa Kapal Kandas, Bloggers Go Charity, Hangat di Tawau, Isu Kapal Terkandas di Malaysia, Malaysia Nepline Berhad, MT Nepline Dangar, Pelabuhan Tawau, SK Skim Cocos Kunak, Tawaukini.com, Tawaukini.ning.com, Terhangat di Tawau, The Reporter

12 daripada 15 anak kapal MT Nepline Dangar yang hampir setengah tahun terkandas di Perairan Tawau. Foto diterima daripada krew kapal pada 20 Februari 2009.
Pada penghujung Disember yang lalu, telah disiarkan di dalam akhbar, tentang sebuah kapal yang terkandas di Perairan Tawau. Kapal tersebut yang diberi nama MT Nepline Dangar, yang berukuran 89.93 meter dengan berat 3,097 tan, tiba di Pelabuhan Tawau pada 11 September 2008 yang lalu dan terkandas sehingga kini selepas menurunkan muatan petrol di jeti Pelabuhan Tawau.
Kapal MT Nepline Dangar ini bukanlah satu-satunya kapal terkandas yang dikendalikan sebuah syarikat perkapalan Malaysia, iaitu Malaysia Nepline Berhad, sebaliknya terdapat beberapa lagi kapal syarikat berkenaan turut terkandas di beberapa perairan negeri-negeri lain di Malaysia.
Lebih menyedihkan apabila mereka bukan sahaja terkandas, sebaliknya turut TIDAK dibayar gaji sehingga kini. Isu ini sudah didedahkan oleh media-media luar, termasuklah media dari negara jiran, iaitu Indonesia. (Sila klik di sini untuk mengikuti berita yang dipaparkan media berkenaan).
Semalam, The Reporter telah memaklumkan kepadaku tentang perkara ini. Beliau memaklumkan bahawa anak kapal MT Nepline Dangar menghubunginya dan memohon bantuan segera kerana bekalan makanan mereka sudah hampir terputus. Beliau juga turut menceritakan rentetan pengalaman yang dilalui oleh anak-anak kapal berkenaan, kerana beliau berpeluang mendekati mereka baru-baru ini dan mendengar sendiri kisah yang dilalui.
The Reporter kemudiannya memberikan aku nombor telefon salah seorang anak kapal tersebut, agar aku juga dapat menghubungi mereka untuk memberi sokongan moral, bertanya khabar dan bertanyakan keperluan yang mereka inginkan.
Aku menghubungi sendiri salah seorang anak kapal berkenaan yang bernama Dhudy. Beliau memberitahu bahawa mereka sedang berada dalam keadaan getir pada waktu ini, kerana kehabisan bekalan makanan, bekalan elektrik terputus kerana ketiadaan minyak, kehabisan wang (kerana sudah tujuh bulan tidak dibayar gaji) dan hampir keseluruhan anak-anak kapal berkenaan sedang sakit, tiada apa lagi yang mampu mereka lakukan selain daripada meminta belas kasihan.
Sebenarnya banyak perkara lagi yang Dhudy ceritakan kepadaku (antaranya sama seperti apa yang The Reporter ceritakan). Aku terasa seperti ingin menangis pada waktu itu juga. Berat sungguh dugaan yang mereka hadapi.
Oh, ya! Sebelum terlupa, ingin dimaklumkan juga bahawa anak kapal MT Nepline Dangar terdiri daripada 15 orang. Tiga daripadanya merupakan warga Malaysia, lapan warga Indonesia dan empat warga Myanmar. Tidak kisahlah siapa pun mereka dan dari mana pun mereka, mereka wajar dibantu kerana mereka juga manusia. Lagipun, kini mereka berada di Perairan Malaysia.
Aku dan The Reporter sedang berusaha mengumpulkan bahan makanan serta beberapa keperluan bagi membantu mereka. Mungkin ada antara pengunjung blog ini yang dapat membantu kami melengkapkan bahan-bahan yang dinyatakan di bawah:
- 100kg beras (50kg sudah diterima)
- 20kg gula (sudah diterima sepenuhnya)
- 5 kotak garam beriodin
- 5 kotak mee segera/maggi
- 10 bungkus Nescafe
- 10 bungkus teh
- 10 tin biskut kering
- 10 kotak air mineral
- 2 botol besar minyak masak
- 3 botol kicap
- 3 botol sos
- berbagai jenis makan tin
- makanan mentah (bawang, sayur, ikan, dll)
- bekalan ubat (panadol, ubat batuk, dll)
- Lain-lain yang difikirkan perlu
Kepada para pengunjung laman ini yang ingin turut sama membantu, bolehlah menghubungi Puteri Ezza dan The Reporter di talian 019-8693050. Bantuan ini dijangka akan disalurkan kepada mereka pada hari Khamis (26 Februari 2009). Kini The Reporter sedang berusaha juga mendapatkan sedikit bahan makanan untuk mengalas perut mereka sementara menanti hari Khamis nanti.
Hari ini hari mereka, siapa tahu esok lusa hari kita pula. Marilah kita bersama-sama membantu atas nama kemanusiaan. Kalaupun tidak berkemampuan menghulurkan bantuan berbentuk kebendaan, hulurkanlah doa buat mereka. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan hidup, serta gaji mereka dibayar dengan segera kerana keluarga mereka yang sekian lama ditinggalkan di kampung memerlukan wang untuk menampung kehidupan.

Antara pihak prihatin yang pernah tampil menghulurkan bantuan kepada anak-anak kapal berkenaan. Foto oleh: The Reporter
NOTA SISIPAN: Setinggi penghargaan kepada rakan-rakan guru di SK Skim Cocos Kunak yang sudi menghulurkan beberapa bahan makanan untuk membantu anak-anak kapal ini. Setinggi penghargaan juga kepada ‘kamu’. Aku sangat bangga dengan keprihatinan ‘kamu’. To my beloved uncle, thanks for your support too. I love all of you very much! Semoga Allah membalas jasa baik kalian dalam membantu sesama manusia ini. Amin…






sa pun mo tlg kamurang..nnt sa kol ko ah cumil..tp sa nda blh kasi brg..jauh..maybe sa kasi ko duit la..
ehem..psgn sehati sejiwa ba kamurang ni..hahaha..
tergamaknya syarikat 2 wat g2….memalukan m’sia
LALA>
Tapi kalau duit susah sikit bah. Macam ni la, ko bagitau ko mau donate bahan makanan yang mana, then nanti kami pi survey harga di kedai dulu, then bila sudah dapat jumlahnya, barulah kirim duit ya. Then, resitnya akan dikirimkan kepadamu yang berada nun jauh di sana. La, ko tau ka… teringat plak dengan makanan askar dalam peket yang kita pernah makan tu. Kalau ada yang boleh sumbang, kan bagus. Ada ka army yang mau sumbang ya? Hikhik.
Thanks Lala. Ko memang best!
(Uiii, berapa banyak ‘then’ daaa. Hikhik).
LALA>
Aaaa? Sehati sejiwa? Apa tu? Lagu ka? Hikhik :p
ANONYMOUS>
Apakan daya…
tq ezza.skrg dorg tinggal kat kg muhibah.dkt dgn umah mas af.tak campur politik pun.tapi kenal la org-org politik di tawau.asal jalan apas batu 2.selepas restoran spectra.skrg umah 2 ada org sewa buat tmpt jual kete.family bapa mertua kira ramai la org kenal.dia org bugis.haji yahya bin okk zainal.my wife nama dia yazleen.
akan membantu apa yg termampu Ezza… apa2 hal nanti aku call awak…
kesian dengan anak2 kapal tuh, kapal mereka betul2 d luar jeti TBOJ kami…
tapi, mana pihak kerajaan dan NGO2 yg lain, takkan biarkan perkara nih berlarutan…
turunkan la mereka dari kapal tu, dan tempatkan mereka d suatu tempat yg selesa buat sementara waktu, serta menguruskan passport atau apa sahaja supaya mereka dapat pulang ke tempat asal mereka….
takkan nak tunggu kapal tu sampai karam kot…..
jangan lah “pilih kasih” sangat wahai pihak yg bertanggungjawab….
jalankan lah tanggungjawab anda semua yg berada d luar sana…. jangan ada yg berlaku kematian baru semua duk sibuk…..
KHAIRUL>
Aik, dekat rumah Mas? Kalau dekat rumah Mas, selalu sangatlah saya lalu-lalang di hadapan rumah keluarga wife Khairul tu. Dulu saya selalu bermalam kat rumah maksu di Taman Victoria. So, selalu ronda-ronda guna kereta dia kuar masuk Kampung Muhibbah. Hikhik. Tapi, sejak mereka pindah ke Kota Kinabalu, kalau ke Tawau… saya banyak habiskan masa di kawasan bandar je.
Rasanya The Reporter kenal kot family wife Khairul ni sebab family dia pun stay kat Muhibbah gak
FRIENDLY>
Terima kasih banyak-banyak bro. Saya pun terkilan dengan apa yang berlaku ni. Sebenarnya ada juga beberapa pihak yang tampil membantu. Contohnya sekarang Jabatan Laut menyediakan bekalan air tawar untuk mereka semua. Baru-baru ni, Datuk Tawfiq dan beberapa orang perseorangan tampil menghulurkan bantuan. Selepas tu, senyap begitu sahaja. Dakpalah, kalau mereka tidak mahu tampil membantu, biar kita yang bantu mereka.
Mudah-mudahan dengan bantuan ikhlas daripada rakan-rakan semua, suatu hari nanti andai ada rakyat kita terdampar di negara mereka, mereka juga dibantu dengan hal yang serupa. Amin…
Terima kasih atas keprihatinan.
Anak Buah.. Puteri Ezza,
Assalammualaikum,
saya mengenali mu dari laman blog Yb Dato Abdul Rahman Dahlan. saterus nya saya telah mengikuti perkembangan penulisan mu .
Kerana kesibukan dan komitmen yang lain, hingga kjni, saya belum melayari blog mu dan memberi sebarang komen.
Terdehulu dari itu, saya telah serba sedikit mendekati latar belakang personal mu. Yangmana Arwah Bapa mu berasal dari Kota Belud..suku kaum Bajau.
However, yang menarik, ia lah kegigihan mu untuk merintasi cabaran melalui sebaran am saperti blog dsn.
Selaku ‘orang lama’ dari suku kaum bajau juga saya doakan agar missi dan mungkin juga visi mu akan di rahmati Allah.
saterus nya semoga berjaya dalam apa jua career mu.
Teruskan menulis
SOLYMONE>
Wa’alaikumsalam pakcik. Wah, terharunya saya. Tidak sangka pula melalui blog Pakcik Rahman, saya dapat dijejaki oleh lebih ramai ‘denakan’. Baru sekejap tadi juga saya berjejak kasih dengan makcik-makcik saya, iaitu anak kembar kepada Atok Digong Abdul Rashid, melalui Facebook.
Terima kasih banyak-banyak pakcik kerana sudi berkunjung ke sini. Saya juga telah melayari dua blog yang pakcik miliki. Saya gembira dapat bertemu pakcik walaupun hanya di ruang maya ini.
Saya juga doakan semoga Allah merahmati perjuangan dan kehidupan pakcik, keluarga serta rakan-rakan. Aminnnnnn…
P/S: Pakcik, nanti datang lagi ya.
ok la 2.saya balik tawau nnt boleh la kita duk sembang minum ramai2..saya balik sana pun bukan ada kawan.klu duk umah je bosan gak.bole join program korang nnt.
babe..tia buli pula kasi tggl komen d new post ko tu..ko ok ka..?mcm sdg down ba ko ni..mcm sdg sdih btl ko skrg..jan ko sdih2 ba..nnt sa pun tmpg sdih ni..sapa blg ko alone..?ramai ba urg support ko..ko tau ka sa bangga tau ada kwn mcm ko..coz smgt ko kuat..tabah..baik ati lgi..klu org tau sjrh idup ko mst dorg bangga dgn ko jgk..jan sdih2 ah..lgpun c kamu pun ada plak tu..hhehehee..mybe ko inda prasan yg dia tu brjuang sama2 ko jgk..truskan la prjuangan kmurang..if u need sum1 2 talk 2,ko sms jak sa ah..i know that u really need sum1 right now..
tu lagu ba..meaningful btl..
OMG..bru sa tau npa ko sad ni..one of it mst psl uncle ko kan..jan ko bimbang..org baik tuhan mst tlg..hope evrything will b ok..
“am i alone” tewwww.. takleh nak komen larr fulakkkksss
sy ingtkn problem ttg krew kapal ni dah settle….
msh trsadai lg rupanya….
ari 2 masa shira blik Tawau smpat gak tgok Kpal 2…alahai ciannya..
KHAIRUL>
Boleh, apa salahnya. Yang penting, kalau Khairul sekeluarga balik ke Tawau, maklumkanlah kepada Ezza ya
LALA>
Huhu, memang ada sedih sikit. Tapi getting better sudah ni. Si Lala pun faham juga macam mana keadaan si Ezza ni kan. Trying to be tough, padahal sebenar-benarnya sangat lemah. Huhu. (Hanya orang terdekat sahaja yang memahami). Thanks for your support, Lala. Amboi, asal taip komen jak mesti sebut pasal si Kamu. Ada-ada jak ko ni. Huhu. SMS? Ndak mau la sms-sms. Mo rehat daripada sms sudah ni. Si Ezza call direct jak nanti ya. (Kunun! Hikhik).
P/S: Meaningful utk yang memahami gak. Maknanya, ko faham la tu, kan? Hikhik
LALA>
Ya, itulah salah satu daripadanya. Ko pun tau juga, risknya 50-50. Takut bah mau menghadapi kenyataan, Lala. Takut2 kalau nasib tidak menyebelahi uncle. Ndak sanggup sudah si Ezza ni menghadapi kehilangan demi kehilangan. Hukhuk. Tolong doakan semoga segala-galanya berjalan lancar ya.
EM_ME>
Hikhik, sengaja tutup komen kat situ. Ala, komen kat sini pun boleh gak
MERAHCJATA>
Belum settle lagi dik. Harap-harap masalah ni akan settle dengan segera. Kesian dorang.
SHIRA>
Ya, kesian dorang kan Shira…
hai ezza..tak buka facebook ka?wife saya tanya ezza kenal hylda haris ka?tgk ada dlm facebook.
KHAIRUL>
Hai, Khairul! Tak sempat lagi nak buka Facebook. Semalam busy sangat. Nanti saya buka ye. Saya kenal Hylda tapi taklah kenal sangat. Kenal pun sebab husband dia ex-classmate saya kat Maktab Sabah
dia lecturer kat uitm kan..kenal sgt2..family frenz..dri kecik dah kenal.pasal dulu wife n family tinggal kat frenship garden petagas.bile bapa mertua dah pencen balik la ke tawau..2 bulan sekali balik la kk.
[...] Lancar Bantuan Kepada Mangsa Kapal Kandas MT Nepline (oleh Puteri Ezza pada 23 Februari 2009) [...]
my wife ada send msg kat facebook.salah org la ezza.hylda lain yang saya cerita.hahahhaha..kawan dia ada 2 hylda.hylda yang kat facebook ezza tu classmate dia masa kat stela maris dulu.tak kenal pun suami dia..hehehhee..
assalammmuaallaikum trima kasih atas keperihatinan anda terhadap warga nepline dangar…
tuhan aje yang tahu apa yang perlu dilalui oleh orang yang terpaksa terima berjauhan dengan orang yang kita sayang sangat
Dear Puteri and other bloggers,
Pls note the owner of the vessel are no in financial turmoil (PN7) due to some legal claim with some foreign shipping company.
Rasanya bankay pihak yang sedang cuba sedaya upaya menyalurkan bantuan.
Sumber kukuh, Malaysia Shipowners Association menyalurkan bantuan RM10000 untuk keperluan anak kapal dari dana/tabung pelaut pada Januari 2009.
salam.mana cik ezza kita nie menghilang.syp tanpa berita.Cerita terbaru pun tida di sini..elooo….
Saya bekas Crew MT>Nepline Dangar, dan sekarang joint di MT.Nepline Redang. Turut prihatin kepada semua kawan2 di Dangar,,
Tapi Kami disini ada 2 kapal lagi yaitu. MT.Nepline Redang Dan MT.Damansara. yg juga sama anasib nya, munkin malah lebih teruk alagi,,, sudah 3 bulan kami Minum air Sungai Sibu yg keruh macam Teh Tarik,,,,, Tapi apa nak dikata,,,,,, jika ada yang nak tolong Sila Call Sdr, Akhmad,, 0163929005,, ditunggu ya,,,,
terimak aksih Sebelum nya..
The company is headed by a very selfish politician who appointed an idiotic goon as his number two after kicking his long term partner out the door! As Nepline was a sinking ship, the idiotic goon pack all this stuffs in the office including a fridge! during the weekends (for a moron he can surely ran for it!) The rest of the staffs and crews suffered due to their negligence… they didn’t received their salary since last Aidilfitri (that was seven months ago)… there are too many skeleton in the closed for Nepline Berhad… I knew because I was one of their staff.
Tilda,
I also heard that this is the second financial disaster to Nepline, first when they sold the Wisma maritime to support their fiancial problem. And I think the romour of shaking Nepline was early than Aidilfitri….Since June 2008…
Look like this time it will sink with the name and the ship… To Dangar, Redang and Damansara… Hope the funnel and the crew won’t sunk…
They way the management running the company was like a disaster waiting to happen… the top guys still get away with it but my heart goes out for the staffs and crews… most of the staff I knew has been with the company for the long long time but the management underappreciate them! well what goes around comes around!
Tilda,
Yes…hope so….If I could have RM1B…I think I would take over…but so unfortunate…I don’t have tt much…
Got a contact who wanted to to dump their money only on Offshore support…not in tanker…
amacam kes ni za??settle ka sdh?adidi,kasian oh kan durg..
I really liked this post. Can I copy it to my site? Thank you in advance.
salam semua… saya salah seorg crew mt nepline dangar b4 they all grounded kat tawau coz saya sign off (balik) di kk… the reason saya blk coz gaji x di bayar 4 3 month and saya dpt offer from other shipping compay… saya bersimpati dgn nasib sahabat2 saya 2nd mate duddhy ardyatho,3rd mate idris,ab apek,ab mensan,ab suria ganda perwira,greaser rafal,greaser thet,greaser nay and other member… x bnyk yg dpt saya bantu when they all grounded kat tawau coz that time saya msh lg br dlm bidang kapal… hanya number telefon tuan kana from marine department port klang and top up 4 greaser rafal n 2nd mate duddhy utk dorg cll phk yg sudi nak tlg.. saya bersyukur sgt coz nasib dorg dah terbela.. now 2nd mate duddhy dah belayar blk with singapore company,greaser rafal same compay dgn saya TANJUNG KAPAL SERVICES n a few members lagi dgn SEMUA SHIPPING… thank you so much coz ada jugak org yg prihatin dgn seaman… if u all nak th,pelaut adalah golongan teraniaya… walaupun seafarer ada persatuan dia sendiri,blm tentu dorg dpt tlg… why??????????? bcoz 2 many CORRUPTION dalam bidang perkapalan apatah lagi di MALAYSIA ni… phm2 sendiri la kan…. to many fucking politician yg involve dalam perkapalan… 2 MANY!!!!!!!!!!!!!… saya nak citer pnjng kat sini pun ssh… saya dpt bg th skt2 je la just 4 ur information n knowledge about seaman…. nak th anything pasal seaman,just email me… salam