Usia Meningkat Setahun Lagi

Filed Under (Keluarga, Peribadi, Suka-suka) by PuteriEzza on 25-01-2009

Hadiah pertama sempena hari peningkatan usia Puteri Ezza, daripada ‘Kamu’ dan ‘Adik’

Hari ini 25 Januari 2009, usia Puteri Ezza meningkat setahun lagi. Ish ish ish, dah tua Puteri Ezza ni ya. Hikhik. Syukur ke hadrat Allah Taala kerana memanjangkan lagi usia ini. Semoga tahun yang akan datang ini menjadi tahun yang lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Semoga pada tahun ini juga aku diberi kesihatan yang berpanjangan dan rezeki yang berlebihan agar aku dapat melaksanakan impian-impianku untuk memberikan sesuatu yang bermakna kepada insan-insan tersayang dan buat masyarakat di sekelilingku.

Semalam, aku sungguh tidak menyangka bahawa akan ada satu kejutan daripada si ‘Kamu’. Hikhik. (Rujuk entri  ‘Hati Berbicara: Istimewa untuk Kamu’ bagi mengetahui siapa ‘Kamu’ yang aku maksudkan ini). Walaupun kejutan itu mungkin agak simple pada pandangan orang lain, tetapi bagiku ia merupakan sesuatu yang sangat bermakna. Touching beb! ;-)

Semalam juga, aku diberi lebih kesempatan untuk mengenalinya. Penilaianku terhadap sahabatku yang dipaparkan pada dua entri yang terdahulu sememangnya tidak silap. Dia bukan sahaja unik dan istimewa, tetapi kaya dengan kasih sayang ;-) , tegas dan mempunyai pendirian yang sangat teguh. (Kamu… rasanya Kamu ini tidaklah terlalu sukar untuk difahami seperti yang disangka. Hikhik).

Kepada ‘Kamu’, ‘Adik’, Mr. Janggut, Abang T dan Kak T yang terlibat dengan kejutan semalam, terima kasih banyak-banyak ya. Ezza saaaaaaaaayang kalian semua. Hikhik. Terima kasih sekali lagi kepada ‘kamu’ dan ‘Adik’ atas pemberian hadiah itu :-)

Tidak lupa juga, terima kasih dan kasih sayang yang tidak berpenghujung buat bonda (mommy) tersayang di Kota Kinabalu, atas ucapan serta doa. Begitu juga kepada adik beradik yang dikasihi, iaitu Putera Rizal yang kini bertugas di Jab. Imigresen Kapit, Sarawak; Putera Rezza yang kini bertugas di Kuala Lumpur dan Puteri Zahira yang kini bercuti di Brunei Darussalam; serta seisi keluarga yang lain (nenda, uncles, aunts dan cousins) atas kasih sayang dan sokongan yang diberi selama ini.

Aku mungkin belum memberikan sesuatu yang bermakna kepada kalian sepanjang usiaku ini. Tapi, aku akan berusaha ke arah itu.

Kepada rakan-rakan yang lain, terima kasih kerana menerima Puteri Ezza sebagai sahabat seadanya. Aku berusaha menjadi sahabat yang terbaik buat kalian. Namun, seandainya aku gagal, aku mohon berbanyak kemaafan.

Akhir kata, salam sayang buat semua. Mmmmmmmmmmmmmmmuahhhh!

Bookmark and Share

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan dengan Entri Ini

Comments

Post a comment

Mukaddimah

Info Projek Amal Bloggers Go Charity.

---

Untuk paparan yang lebih baik, sila kunjungi Laman Warna Warni Kehidupan ini menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome

Selamat datang ke laman Warna-warni Kehidupan Puteri Ezza, seorang puteri kelahiran Negeri Sabah di Bawah Bayu, yang menjadi penyambung perjuangan tertunda seorang bapa. Seorang hamba Allah yang hina, seorang insan yang hidup sederhana, seorang guru, seorang anak seni, seorang penulis bebas, seorang usahawan kecil-kecilan dan seorang pemerhati yang kerdil terhadap perkembangan politik dunia. Juga seorang politikus neutral yang mencintai keharmonian. Meyakini bahawa setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuanNya yang Maha Esa.

---

Iklan Maya

---

---

---

Laman Keluarga

---

---

---

---

---