Hati Berbicara: Istimewa Untuk Kamu

Filed Under (Peribadi) by PuteriEzza on 19-01-2009

Kredit foto kepada: Wicked ?

“A friend is one to whom you can pour out the contents of your heart, chaff and grain alike. Knowing that the gentlest of hands will take and sift it, keep what is worth keeping and with a breath of kindness, blow the rest away.”

Entri ini aku karang khas buat kamu. Siapa? Kamulah. Ya, kamuuuuu. Insan yang selalu berkomunikasi denganku menerusi Google Talk dan pesanan ringkas (SMS) tu :-) Tiada orang lain lagi selain daripada kamu.

Kamu tentu faham akan kelemahanku, terlalu sukar untuk mengeluarkan kata-kata secara lisan, apatah lagi untuk menyatakan penghargaan-penghargaan atau apa sahaja yang tersimpan di dalam hati. Kecuali terhadap perkara-perkara tertentu yang terlalu mendesak. Aku kan seorang yang agak pemendam :-) Hanya menerusi tulisan sahaja aku dapat melakukannya dengan baik. Sedangkan kita berdua pun jarang benar berbual di telefon, kerana kelemahanku yang satu ini, kan? Hehe.

Aku karangkan entri ini khas buat kamu, sebab aku tahu kamu selalu berkunjung ke sini untuk mengikuti perkembangan blogku yang serba sederhana ini. Menyatakan penghargaan-penghargaan ini di hadapan kamu atau ketika bersemuka dengan kamu, adalah perkara yang tidak mungkin akan terjadi. (Kalau ada pun, mungkin secara kebetulan sajalah tu. Hehe). Hanya dengan membaca tindakan-tindakanku sahaja kamu dapat tahu bahawa aku sangat-sangat menghargai kamu. Yes, my actions speak louder than my words :-)

Kamu,
Kamu tahu tak, kamu sangat berbeza dengan sahabat-sahabat yang aku ada? Kamu sangat unik. Tapi, kamu kata, it sounds weird, kan? Haha. Tapi itulah hakikatnya. Ada sesuatu dalam diri kamu yang menjadikan kamu sangat berharga, tanpa kamu sedari.

Peluang mendengar luahan hati kamu tentang sejarah dan pengalaman hidup kamu yang lalu, menjadikan aku semakin mahu menghampiri kamu, mahu menjadi seorang sahabat yang bermakna buat kamu dan mahu membantu kamu mencapai impian-impian kamu itu.

Kamu kata, kamu lebih mempercayai orang Cina dalam persahabatan, kerana jarang benar ada orang Cina yang menjadi penikam-penikam curi. Tapi aku tahu, kamu juga yakin bahawa aku adalah salah seorang bukan Cina yang boleh kamu percayai dalam persahabatan. Kamu sendiri sudah menyatakannya. Dan, aku akan buktikan bahawa kepercayaan kamu itu tidak sia-sia :)

InsyaAllah, dengan keupayaan dan pengetahuan yang sekelumit ini, aku akan berusaha membantu kamu mengejar apa yang diimpi dan memastikan bahawa impian kamu bukan sekadar mimpi :-)

Kamu, aku percaya kamu. Tolonglah, jangan minta aku tanya orang lain tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kamu. Apa yang aku dengar daripada kamu sudah mencukupi untukku. Aku bersahabat dengan kamu atas dasar kepercayaan dan keikhlasan. Bagi aku, kedua-dua perkara itulah yang sangat-sangat penting dalam persahabatan. Saling memahami juga penting. Maka, aku sedaya upaya cuba untuk memahami, walaupun kadang-kadang termerajuk juga aku oleh kamu ni kan. Haha. Biasalah kan, perempuan… Hati lembut :P

Kamu, seandainyalah aku tiba-tiba menyepi daripada kamu, tiba-tiba hilang daripada pandangan kamu, ketahuilah bahawa kamu sebenarnya tidak pernah hilang dari hati dan ingatan aku. Kerana, kamu adalah antara sahabat terhebat yang pernah aku kenali, malah yang akan aku hargai sehingga ke akhir hayat. Take care ;-)

Bookmark and Share

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan dengan Entri Ini

Comments

Post a comment

Mukaddimah

Info Projek Amal Bloggers Go Charity.

---

Untuk paparan yang lebih baik, sila kunjungi Laman Warna Warni Kehidupan ini menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome

Selamat datang ke laman Warna-warni Kehidupan Puteri Ezza, seorang puteri kelahiran Negeri Sabah di Bawah Bayu, yang menjadi penyambung perjuangan tertunda seorang bapa. Seorang hamba Allah yang hina, seorang insan yang hidup sederhana, seorang guru, seorang anak seni, seorang penulis bebas, seorang usahawan kecil-kecilan dan seorang pemerhati yang kerdil terhadap perkembangan politik dunia. Juga seorang politikus neutral yang mencintai keharmonian. Meyakini bahawa setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuanNya yang Maha Esa.

---

Iklan Maya

---

---

---

Laman Keluarga

---

---

---

---

---