Iklan: Ingin Jadi Wartawan atau Warga TV3 Secara Sambilan/Sepenuh Masa?

Filed Under (Berita, Iklaneka, Umum) by PuteriEzza on 29-12-2008

Tagged Under : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Anda ingin berkhidmat sebagai ‘orang media’ seperti wartawan akhbar ataupun penyampai/perantara televisyen bersama Media Prima Berhad (TV3) seperti mereka di bawah ini? Jika ya, entri ini memang sesuai untuk anda. Teruskan membaca kerana terdapat maklumat peluang kerjaya untuk anda di sini. 

Ketika berada di Kota Kinabalu baru-baru ini, aku telah diundang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) untuk menghadiri Majlis Pelancaran Majalah Etnik terbitan DBPCS serta Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, bertempat di Dewan Besar DBPCS. Majlis tersebut dijalankan pada hari yang berlainan.

Memandangkan aku sudah lama tidak berkunjung ke ‘rumah’ tempat aku diasah dan digilap dalam bidang penulisan, aku tidak melepaskan peluang untuk menghadirinya. Dapatlah aku bertemu dengan kekanda-kekandaku di sana. Uniknya, kehadiranku bukan sahaja sebagai penulis dan penggiat sastera budaya (yang tenggelam timbul, hehe) yang diundang khas, tetapi juga sebagai ‘orang media’. Ya, aku kini kembali ke pangkuan media. Namun, bukanlah secara sepenuh masa, sebaliknya secara sambilan memandangkan aku terikat dengan kerjaya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (PPP). Aku juga kembali menulis. Kali ini secara serius dan konsisten.

Kemunculan semula dalam bidang penulisan dan kewartawanan ini adalah hasil daripada dorongan dan nasihat rakan-rakan, ahli keluarga serta kekanda-kekanda yang dikasihi.

Maka, aku turut hadir dalam Sidang Media (Press Conference) Hadiah Sastera Sabah sebaik sahaja berakhirnya Majlis Pelancaran Majalah Etnik.

Ketika berbual kosong dengan rakan-rakan media dan sepupuku yang juga wartawan bagi BERNAMA di Kota Kinabalu, aku telah ditawarkan oleh Saudari Elizabeth Majaham (Feature Writer akhbar Daily Express) untuk menjadi wakil akhbar berkenaan (stringer) bagi kawasan Kunak. Sebenarnya Kunak sudah ada wakil akhbar Daily Express, iaitu Ibrahim Tabir. Tetapi beliau ditugaskan untuk ruangan Bahasa Malaysia, sebaliknya aku pula untuk ruangan Bahasa Inggeris. Aku belum membuat keputusan. Aku perlu menemui Ibrahim Tabir terlebih dahulu untuk mengelakkan terjadinya salah faham.

Maklumat peluang kerjaya 1 di sini: Selain itu, Elizabeth juga bertanya seandainya aku mengenali sesiapa yang berminat untuk menjadi wartawan sepenuh masa untuk akhbar Daily Express di Lahad Datu. Syarat yang beliau nyatakan hanyalah: Memiliki news sense (kebolehan menulis berita dan mencari bahan untuk digarap dalam bentuk penulisan) dan boleh menulis dalam kedua-dua bahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris). Menulis dengan cemerlang dalam Bahasa Inggeris tidak terlalu penting. Mempunyai pengalaman dan kelulusan dalam bidang kewartawanan adalah satu bonus. Kemudian, calon haruslah mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan ketahanan dari segi fizikal mahupun mental. Gaji permulaan RM1,200.

Jika anda berminat untuk mengisi kekosongan, anda bolehlah menulis surat permohonan dengan menyertakan resume anda dan kirimkan menerusi e-mel kepada: The Chief Editor (sph@tm.net.my), dan CC (salinan) kepada Elizabeth Majaham (emde87@yahoo.com.my) dan The Writer (thesabahanwriter@gmail.com) dengan subjek “Permohonan Wartawan Sepenuh Masa (Lahad Datu)”.

*** Info terkini (kemaskini pada 3 Januari 2009): Terdapat kekosongan bagi jawatan yang sama untuk kawasan “Tawau“. Kepada yang berminat, bolehlah memohon. Caranya sama seperti yang dinyatakan di atas. Perbezaan cuma pada subjek e-mel, iaitu “Permohonan Wartawan Sepenuh Masa (Tawau)”.

Maklumat peluang kerjaya 2 di sini: Kepada anda yang berminat untuk menjadi perantara atau penyampai televisyen dengan Media Prima (TV3) seperti Ally Iskandar, Fedtri Yahya, Azlina Redzuan, Maria Tunku Sabri, Praevitriana Yuliawiratman, Mohd. Yasir Mansor dan yang lain-lain lagi, anda bolehlah memohon secara online menerusi laman siber Media Prima Talent Pro?. Klik di sini untuk mula memohon?.

Selamat mencuba kepada anda yang berminat :)

Nota Sisipan: Penghargaan yang tidak terhingga diucapkan buat rakan-rakan/kekanda-kekanda Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Ikatan Penulis Sabah (IPS), Kelab Maya Sastera Sabah (Kemsas), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ahli keluarga,  Mohd. Zafrin Nordin, Abang Akhiey?, The Reporter?, dan lain-lain (mohon berbanyak kemaafan kerana tidak dapat menyebut kesemuanya) yang mendorongku untuk menulis dan terus menulis. Tidak lupa juga kepada ayah angkat dikasihi, Abdul Latip Talib ? (yang juga seorang novelis prolifik) yang kini berada di Negeri Sembilan, kerana menghadiahkan sebuah komputer riba pada Ogos lalu setelah beliau memenangi Hadiah Sastera Johor, dengan harapan aktiviti penulisanku tidak terhenti. [Perkataan bersimbol ?mengandungi pautan (link)]

Bookmark and Share

Entri Berkaitan

Comments

Post a comment

Mukaddimah

Info Projek Amal Bloggers Go Charity.

---

Untuk paparan yang lebih baik, sila kunjungi Laman Warna Warni Kehidupan ini menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome

Selamat datang ke laman Warna-warni Kehidupan Puteri Ezza, seorang puteri kelahiran Negeri Sabah di Bawah Bayu, yang menjadi penyambung perjuangan tertunda seorang bapa. Seorang hamba Allah yang hina, seorang insan yang hidup sederhana, seorang guru, seorang anak seni, seorang penulis bebas, seorang usahawan kecil-kecilan dan seorang pemerhati yang kerdil terhadap perkembangan politik dunia. Juga seorang politikus neutral yang mencintai keharmonian. Meyakini bahawa setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuanNya yang Maha Esa.

---

Iklan Maya

---

---

---

Laman Keluarga

---

---

---

---

---