Penghijrahan yang Tidak Berpenghujung

Filed Under (Berita, Perayaan, Program Amal) by PuteriEzza on 28-12-2008

Tagged Under : , , , , , ,

 


Pixel Code Graphics

Selamat menyambut Awal Muharram/Tahun Baharu 1430 Hijrah kepada seluruh Muslimin dan Muslimah di seluruh dunia. Sesungguhnya setiap detik dalam kehidupan manusia merupakan penghijrahan, iaitu penghijrahan ke arah yang lebih baik berbanding hari-hari yang sebelumnya. Semoga tahun yang berikutnya ini menjadi tahun yang lebih baik berbanding tahun-tahun yang lalu.

Ingatlah bahawa setiap tindak-tanduk manusia dilindungi oleh niat. Maka, lakukanlah apa sahaja perkara dengan niat yang baik, demi mengharap keberkatanNya yang Maha Esa. Jagalah juga hati anda. Bersangka baik dan berbuat baik sesama manusia serta hindari perasaan hasad dengki.

Nota sisipan: Mohon berbanyak kemaafan kerana agak lewat mengemas kini laman ini. Puteri Ezza agak sibuk dengan beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan segera. Untuk makluman rakan-rakan blogger di kawasan Pantai Barat Sabah, setelah berbincang dengan beberapa orang rakan yang lain, telah disepakati bahawa majlis ringkas untuk meraikan para blogger telah ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian (dijangka akan dibuat serentak dengan pelancaran Projek Amal Bloggers Go Charity). Hal ini disebabkan keadaan blogger yang terpisah-pisah kerana tuntutan tugas dan sibuk bercuti untuk menyambut perayaan masing-masing. Kepada rakan-rakan Komuniti Msjbox, tahniah atas kejayaan penganjuran program Msjbox Holiday 2008 di Johor Bahru.

Bookmark and Share

Entri Berkaitan

Comments

Post a comment

Mukaddimah

Info Projek Amal Bloggers Go Charity.

---

Untuk paparan yang lebih baik, sila kunjungi Laman Warna Warni Kehidupan ini menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome

Selamat datang ke laman Warna-warni Kehidupan Puteri Ezza, seorang puteri kelahiran Negeri Sabah di Bawah Bayu, yang menjadi penyambung perjuangan tertunda seorang bapa. Seorang hamba Allah yang hina, seorang insan yang hidup sederhana, seorang guru, seorang anak seni, seorang penulis bebas, seorang usahawan kecil-kecilan dan seorang pemerhati yang kerdil terhadap perkembangan politik dunia. Juga seorang politikus neutral yang mencintai keharmonian. Meyakini bahawa setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuanNya yang Maha Esa.

---

Iklan Maya

---

---

---

Laman Keluarga

---

---

---

---

---