Puteri Ezza Kini Kembali

Filed Under (Peribadi, Terjah dan Rungkai, Tragedi) by PuteriEzza on 21-02-2010

Tagged Under : , , , , ,

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Terima kasih kerana masih sudi dan terus sudi berkunjung ke laman peribadi PuteriEzza.com. Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian, laman web ini masih kerap dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung setia, mahupun pengunjung-pengunjung baharu yang berjaya menemui laman ini menerusi pelbagai enjin carian.

Kesetiaan anda mengunjungi laman web ini (walaupun pada saat saya tidak mengemaskininya) telah mampu meningkatkan pendapatan iklan pada laman ini ke satu tahap yang tidak dijangka. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan.

Setelah agak lama membiarkan laman sesawang ini bersawang, maka banyaklah komen yang tersimpan dan tidak berjaya untuk dipaparkan kerana perlu diluluskan terlebih dahulu. Dalam banyak-banyak komen tersebut, saya amat tertarik dengan pemberi komen ini:

Nama: Jimi | E-mel: jimi2@yahoo.com | IP: 203.82.94.122

Bagi saya, pemberi komen ini merupakan seorang yang pengecut kerana Read the rest of this entry »

Disyaki Demam Denggi?

Filed Under (Berita, Misteri, Peribadi, Program Amal, Tawaukini, Terjah dan Rungkai, Tragedi) by PuteriEzza on 17-02-2009

Tagged Under : , , , , , , ,

Ini bukan daging ayam ya. Hikhik. Ini lengan tuan puteri yang ditumbuhi bintik-bintik merah. Bintik-bintik merah ni tidak begitu jelas kelihatan di dalam gambar.

Ketika berada di sekolah pada pagi Hari Isnin, tiba-tiba timbul bintik-bintik merah di badan. Menganggapnya sebagai satu perkara biasa, maka aku tidak menghiraukan bintik-bintik merah tersebut. Tetapi menjelang petang hari yang sama, bintik-bintik merah tersebut semakin banyak, terutama sekali di leher dan di lengan.

Aku mula gelisah. Bimbang jika bintik-bintik merah tersebut merupakan petanda-petanda cacar. Masalahnya, aku tidak demam. Aku juga bimbang jika bintik-bintik merah itu petanda kayap atau denggi (aku pernah diserang denggi beberapa tahun yang lalu).

Tetapi, aku masih berusaha menyedapkan hati dengan mengatakan bahawa bintik-bintik merah itu cuma alahan biasa terhadap makanan laut yang aku makan baru-baru ini (walaupun yang sebenarnya aku tidak alah terhadap sebarang makanan laut pun, huhu).

Pada malam hari Isnin (kemarin), aku mandi berkali-kali dan menyapu ubat berkali-kali juga. Namun, Read the rest of this entry »

Hampir Dipindahkan – Tindakan GILA PPDK!

Filed Under (Berita, Peribadi, Terjah dan Rungkai, Tragedi) by PuteriEzza on 18-01-2009

Tagged Under : , , , , , , ,

Kepada Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik yang menggunakan nama Jimi, menggunakan e-mel jimi2@yahoo.com (yang ternyata tidak wujud) dan IP 203.82.94.122, yang telah cuba menghantar komen ke ruangan ini, sila klik di sini untuk membaca entri terbaharu saya yang ditujukan khusus untuk anda:

KLIK DI SINI

Selamat maju jaya.


Mukaddimah

Info Projek Amal Bloggers Go Charity.

---

Untuk paparan yang lebih baik, sila kunjungi Laman Warna Warni Kehidupan ini menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome

Selamat datang ke laman Warna-warni Kehidupan Puteri Ezza, seorang puteri kelahiran Negeri Sabah di Bawah Bayu, yang menjadi penyambung perjuangan tertunda seorang bapa. Seorang hamba Allah yang hina, seorang insan yang hidup sederhana, seorang guru, seorang anak seni, seorang penulis bebas, seorang usahawan kecil-kecilan dan seorang pemerhati yang kerdil terhadap perkembangan politik dunia. Juga seorang politikus neutral yang mencintai keharmonian. Meyakini bahawa setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuanNya yang Maha Esa.

---

Iklan Maya

---

---

---

Laman Keluarga

---

---

---

---

---